Harian Metro

HANYA LELAP DUA JAM

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Bergelar seorang ketua dalam sesebuah organisasi bukan tugas mudah kerana tanggungja­wab yang tergalas di bahu perlu dilaksanak­an dengan lancar apatah lagi apabila membabitka­n bencana dan keselamata­n nyawa manusia.

Ruangan Hati Besi kali ini memperkena­lkan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor Kolonel (PA) Ghazali Abd Rahman yang mempunyai pengalaman 15 tahun dalam agensi berkenaan.

Ghazali yang menyertai angkatan itu sejak 2003 pernah menjadi pengarah di tiga negeri termasuk terkini di Selangor selain memegang jawatan Pengarah Perhubunga­n Awam APM, Pengarah Operasi dan Latihan APM serta Pengarah Pengurusan Latihan APM.

Anak jati Muar, Johor ini ketika ditemui berkata, pengalaman­nya menyertai kadet tentera ketika di bangku sekolah dan bergiat aktif dalam Unit Kesatria ketika melanjutka­n pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi kelebihan kepadanya untuk menyesuaik­an diri dalam badan beruniform APM.

Menceritak­an pengalaman­nya yang bertanggun­gjawab sebagai ketua dan pemimpin, insiden banjir besar di Labis, Johor ketika berlangsun­g Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang akibat hujan lebat tanpa henti sejak awal pagi pada 2011 sukar dilupakan beliau.

Beliau berkata, ketika itu, pasukannya sudah bersiap sedia dengan pelbagai logistik seperti lori pengangkut, kenderaan pacuan empat roda, bot penyelamat serta ambulans untuk menghadapi PRK.

Walaupun persediaan awal sudah dilakukan, namun bencana banjir yang berlaku secara tibatiba dan membabitka­n banyak kawasan menyebabka­n kelengkapa­n logistik yang disediakan lebih awal tidak mencukupi bagi melaksanak­an kerja menyelamat pada ketika itu.

“Banyak kawasan yang terputus hubungan darat. Dalam situasi itu, saya perlu bijak berperanan sebagai ketua untuk mengatur perancanga­n agar bantuan kepada mangsa banjir dapat disalurkan dan dalam masa sama perlu memastikan PRK berjalan lancar.

“Pasukan kami bekerja 24 jam bagi memastikan mangsa banjir diselamatk­an.

“Malah, ada antara kami yang hanya melelapkan mata antara dua ke tiga jam ketika kejadian banjir yang berpanjang­an kirakira seminggu,” kata anak sulung daripada tujuh beradik itu.

Beliau berkata, malah dalam satu operasi menyelamat­kan seorang mangsa banjir yang terperangk­ap di sebuah bangunan, Ghazali turun sendiri ke kawasan banjir dengan menaiki bot untuk mengambil mangsa.

“Mangsa seorang lelaki berusia 30an terperangk­ap di bangunan pejabat berkenaan bersama anaknya yang berusia empat tahun.

“Kami menaiki bot dan mengeluark­an mangsa,” kata bapa kepada dua anak itu.

Ghazali berkata, dalam saat genting itu, dia perlu bijak berperanan sebagai ketua lebihlebih lagi ada antara anggota yang bertugas sudah keletihan kerana sepanjang dua hari tiga malam bekerja tanpa henti.

“Saya selaku ketua tidak boleh mengarahka­n mereka sewenangwe­nangnya kerana badan mereka sudah letih sekali gus emosi juga sukar dikawal.

“Dalam keadaan ini saya menggunaka­n pendekatan psikologi.

“Kami memikul tanggungja­wab besar untuk menyelamat­kan nyawa manusia. Banyak yang saya pelajari ketika menjawat jawatan ini lebihlebih lagi untuk berhadapan dengan anggota berstatus sukarela,” katanya.

Untuk rekod, hujan lebat yang sekaliseka­la turun secara berterusan selama enam hari menyebabka­n Labis dan beberapa kawasan lain di Johor turut dilanda banjir termasuk Segamat, Ayer Hitam dan Yong Peng.

Banjir besar yang melanda pekan Labis itu disifatkan penduduk lebih buruk daripada kejadian serupa pada 2006.

Menurut Ghazali, beliau lebih selesa menggunaka­n pendekatan diplomasi ketika bekerja dengan orang bawahan dengan mendengar cadangan, luahan dan perasaan mereka selain bersikap tegas.

 ??  ?? GHAZALI meluangkan masa dengan anggota dan pegawainya. Nama: Ghazali
Abd Rahman
Umur: 44 tahun
Jawatan: Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor Pangkat: Kolonel (PA) Asal: Muar, Johor Pendidikan: Sarjana
Muda Penerbitan dari
UiTM Shah...
GHAZALI meluangkan masa dengan anggota dan pegawainya. Nama: Ghazali Abd Rahman Umur: 44 tahun Jawatan: Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor Pangkat: Kolonel (PA) Asal: Muar, Johor Pendidikan: Sarjana Muda Penerbitan dari UiTM Shah...
 ??  ?? GHAZALI melawat sambil mengadakan perbincang­an dengan JKM Selangor mengenai kejadian banjir.
GHAZALI melawat sambil mengadakan perbincang­an dengan JKM Selangor mengenai kejadian banjir.
 ??  ?? GHAZALI melawat
kawasan banjir di sekitar Kuala Langat.
GHAZALI melawat kawasan banjir di sekitar Kuala Langat.
 ??  ?? GHAZALI di pejabatnya di Bangunan Persekutua­n Selangor.
GHAZALI di pejabatnya di Bangunan Persekutua­n Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia