Harian Metro

Kurang kajian punca kegunaan meluas

-

Kuala Lumpur: Kurang penyelidik­an dan kajian menjadi punca daun sirih dan buah pinang masih digunakan secara meluas di seluruh dunia dengan kira-kira 600 juta penduduk memakannya.

Selain itu, kepercayaa­n masyarakat terutama di rantau Asia Pasifik bahawa daun sirih dan buah pinang mempunyai nilai sosial serta budaya menjadi kekangan mengawal penggunaan­nya.

Ketua Koordinato­r Pusat Kajian Sains Penagihan Universiti Malaya (UMCAS) Prof Madya Dr Amer Siddiq

Amer Nordin berkata, polisi global seperti penguranga­n penggunaan tembakau adalah antara cara yang dapat membendung risiko yang dibawa daun sirih dan buah pinang.

“Namun, penggunaan sirih dan pinang masih tidak mendapat perhatian menyeluruh dari pengkaji kesihatan awam serta pembuat dasar.

“Kebimbanga­n yang ada membuatkan 130 golongan profesiona­l dari 21 negara terdiri daripada ketua kesihatan awam dan saintifik

>>Arekolin adalah alkaloid yang toksik dan bertindak sebagai agonis ke atas sistem saraf

berkumpul pada April 2016 di Kuala Lumpur untuk mengenal pasti keperluan kajian dan membincang­kan peluang mengurangk­an penggunaan sirih serta pinang,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini satu kertas kajian semula dasar diterbitka­n di jurnal berimpak tinggi Lancet Oncology berjudul ‘Defining a global research and policy agenda for betel quid and areca nut’.

“Dalam kajian semula dasar ini, beberapa kajian mengenai daun sirih dan buah pinang dikumpul dan dihurai khususnya membabitka­n risikonya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DR Amer Siddiq
DR Amer Siddiq

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia