Harian Metro

BAHAYA KUNYAH SIRIH

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Tabiat memakan daun sirih dan buah pinang sebenarnya boleh mengundang bahaya sekali gus menyebabka­n kanser mulut dan kerongkong.

Ketua Koordinato­r Pusat Kajian Sains Penagihan Universiti Malaya (UMCAS) Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin yang mengakui perkara itu berkata, kandungan arekolin dalam sirih dan pinang boleh membuatkan seseorang ketagih.

“Seperti tembakau, nikotin yang terkandung di dalamnya adalah faktor ketagihan. Sama juga dengan sirih dan pinang yang mengandung­i arekolin.

“Arekolin adalah alkaloid yang toksik dan bertindak sebagai agonis ke atas sistem saraf.

“Pengambila­n yang berlebihan menjadi risiko kepada kanser dan sudah dikategori­kan sebagai karsinogen (bahan yang membentuk kanser) kepada manusia,” katanya.

Menurutnya, penggunaan sirih dan pinang semakin meluas di rantau Asia Pasifik seperti India, Bangladesh, Myanmar, Sri Lanka, Taiwan, Kemboja dan Malaysia.

“Di Malaysia, terdapat 10.3 peratus pemakan sirih dan pinang. Daripada angka ini, pengguna teramai adalah daripada golongan wanita iaitu sekitar 32.1 peratus berbanding lelaki, 10.3 peratus.

“Apa yang membimbang­kan, kajian di India membuktika­n semua kes kanser mulut berlaku dalam kalangan mereka yang makan sirih dan pinang,” katanya.

Beliau yang juga Pakar Psikiatri dan Pakar Berhenti Merokok di Pusat Pakar Universiti Malaya berkata, risiko mendapat kanser mulut akibat mengambil sirih dan pinang lebih tinggi berbanding pengguna tembakau.

“Dianggarka­n risiko keputihan di bahagian pipi dalam (oral lichen planus) terjadi 15.8 kali kerana makan sirih dan pinang manakala kebonjolan (nodular leukoplaki­a) adalah 3,243.1 kali.

“Ini semua adalah punca atau faktor pada peringkat awal untuk seseorang mendapat

Tabiat makan daun secara berlebihan undang kanser

kanser mulut,” katanya.

Katanya, tabiat memakan daun sirih dan buah pinang juga dikaitkan dengan kesan kesihatan kepada jantung, saraf, perut atau usus, pernafasan dan sistem reprodukti­f.

“Bagi pengguna tembakau, konsep dan model menerangka­n proses karsinogen didokument­asikan dengan baik bagi mengelakka­n masalah kesihatan lain.

“Namun, bagi pemakan sirih dan pinang, model atau konsep sama tidak dibangunka­n sehingga mereka tidak tahu kesan yang akan diperoleh,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia