Harian Metro

DAHAGA 45 TAHUN!

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

3,000 penduduk gembira dapat bekalan air bersih dari laut

Lebih 3,000 penduduk mendapat manfaat air bersih menerusi projek penyelidik­an Translasio­nal Loji Nyahgaram Air Laut di Kampung Pantai Senok, Tawang di sini.

Projek dengan kos RM5 juta itu dibangunka­n oleh 16 penyelidik tempatan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, projek penyahgara­man air laut menerusi Skim Geran Penyelidik­an Translasio­nal (TRGS) adalah pertama kali di negara ini dan menggunaka­n kepakaran tempatan.

“Pembinaan loji dan keseluruha­n projek mengambil masa lima bulan yang bermula tahun lalu dan berkeupaya­an menghasilk­an bekalan air terawat berkapasit­i 500,000 liter sehari yang boleh menampung bekalan kepada 10,000 pengguna sehari.

“Kami memilih Kampung Pantai Senok selepas mendapat tahu penduduk di sini lebih memerlukan kerana mereka tidak mendapat bekalan air bersih dalam tempoh yang lama (45 tahun). “Penyelidik menggunaka­n air laut di muka kuala sebelum diproses dan boleh digunakan penduduk kampung untuk minuman dan keperluan harian,” katanya selepas Pelancaran Projek Penyelidik­an Translasio­nal Loji Nyahgaram Air Laut, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UTM merangkap Ketua Projek Prof Dr Ahmad Fauzi Ismail.

Sementara itu, nelayan, Zakaria Jusoh, 72, berkata, sudah lebih 45 tahun, dia dan penduduk di kawasan itu tidak mendapat bekalan air bersih.

Katanya, dia perlu mengambil bekalan air di kampung berdekatan kerana air di kawasannya masin dan tidak bermutu.

“Saya akan mengambil air dari perigi di Kampung Beris Kubor Besar atau menunggu pengagihan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang datang dengan lori.

“Alhamdulil­lah, saya gembira kerana selepas ini akan mudah mendapat bekalan air bersih,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK Kampung Senok mengambil air yang disuling, semalam.
PENDUDUK Kampung Senok mengambil air yang disuling, semalam.
 ??  ?? PEGAWAI Penyelidik UTM, Norafiqah Ismail menunjukka­n air laut (kiri) yang sudah dibersihka­n (kanan).
PEGAWAI Penyelidik UTM, Norafiqah Ismail menunjukka­n air laut (kiri) yang sudah dibersihka­n (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia