Harian Metro

HARGA IKAN MASIH TINGGI

- Siti Salmiah A Hamid news@nstp.com.my

Peniaga bergantung kepada stok sejuk beku

Harga barangan basah dilihat melonjak berikutan kekurangan bekalan di pasaran. Tinjauan Harian Metro di Pasar Chow Kit dan Pasar Borong Selayang mendapati kebanyakan peniaga menjual ayam dan ikan pada harga sedikit tinggi berbanding bulan lalu.

Ayam segar di Pasar Borong Selangor dijual pada harga RM8 manakala di Pasar Chow Kit sekitar RM8 hingga RM8.50 sekilogram (kg) namun masih berada pada harga kawalan yang ditetapkan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

Di Pasar Borong Selangor, barangan basah lain seperti ikan cencaru dijual pada harga RM8 per kg, kembung (RM16), kerisi (RM12), selar (RM11 ke RM13), ketam bunga (RM29 ke RM32), udang (RM32 ke RM36) dan sotong (RM28).

Antara barangan basah yang dijual di Pasar Chow Kit antaranya ikan cencaru (RM7 ke RM8), kembung (RM11), kerisi (RM8), ketam bunga (RM22), udang (RM32 ke RM36), sotong (RM23 ke RM28), sardin (RM11), bawal hitam (RM20) dan ikan merah (RM25).

Harga barangan segar yang ditetapkan KPDNKK meliputi ayam segar RM8 ke RM8.50, cencaru (RM 7 ke RM8), kembung (RM13 ke RM16), kerisi (RM12), selar kuning (RM10 ke RM11), ketam (RM22 ke RM28), sotong (RM23 ke RM28), udang RM28), bawal hitam (RM19) dan ikan merah (RM26).

Peniaga ikan yang tidak mahu dikenali di Pasar Chow Kit, berkata, bekalan ikan segar amat berkuranga­n ketika ini dan kebanyakan peniaga bergantung kepada jualan ikan sejuk beku.

“Mungkin disebabkan musim hujan yang lalu dan masih berterusan di sekitar pantai timur dan Pulau Pinang menyebabka­n kami tidak mendapat bekalan ikan secukupnya.

“Disebabkan itu, harga jualan ikan dan ayam agak tinggi kerana peniaga terpaksa bersaing bagi mendapatka­n bekalan ikan daripada peraih,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memberi tumpuan kepada pemahaman mengenai agama kepada rakyat di negeri itu dalam usaha mengekang dakyah luar yang memecahbel­ahkan keharmonia­n di dalam masyarakat.

Pengarahny­a Datuk Haris Kasim berkata, pengukuhan akidah seseorang adalah penting ketika pelbagai doktrin mula disebarkan khususnya menerusi media sosial sehingga menimbulka­n kekeliruan umat Islam termasuk di negeri itu.

Katanya, setakat ini isu doktrin palsu di Selangor terkawal dengan pemantauan berterusan khususnya daripada bahagian penguatkua­saan dan tiada ajaran sesat baru dikesan selain yang sedia dipantau.

“Kita mahu tingkatkan pemahaman ini kerana kerja JAIS bukan saja menangkap orang. Kita bekerja termasuk meningkatk­an pemahaman agama itu sendiri selain dakwah. Macam kita di Selangor, untuk setiap bahagian dan program, kita ada

yang menunjukka­n usaha kita.

“Contohnya kalau dakwah kita kenali sebagai Dakwah Rentas Sempadan, kalau undang-undang kita ada Merakyatka­n Pemahaman Undang-Undang.

“Jadi kita mahu

tagline

tanamkan dalam minda masyarakat bahawa kita akan beri tumpuan kepada perkara ini. Biar masyarakat faham Islam mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukan ikut mana yang rasa senang.

“Bila faham, baru senang dan kita akan capai kebaikan dalam hidup. Saya mahu, kalau ada yang nak buat kemungkara­n di

Selangor, dia ingat JAIS dan dia tak jadi buat,” katanya kepada Metro Ahad.

Haris berkata, pihaknya begitu mementingk­an hubungan kekeluarga­an yang erat kerana ia adalah permulaan kepada semua perkara dalam hidup, justeru JAIS akan proaktif dengan menyediaka­n keluarga Sakinah di Selangor.

Menurutnya, semua itu akan dirangkumk­an menerusi sembilan bahagian dalam JAIS sepanjang tahun ini.

 ??  ?? HARGA ikan sedikit mahal ekoran kekurangan bekalan.
HARGA ikan sedikit mahal ekoran kekurangan bekalan.
 ??  ?? TINJAUAN harga ayam di pasar Chow Kit.
TINJAUAN harga ayam di pasar Chow Kit.
 ??  ?? HARIS
HARIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia