Harian Metro

TANAH HALIMUNAN RM2 JUTA

Polis tahan 11 individu termasuk dalang utama dalam sindiket jual harta tak wujud

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah @hmetro.com.my

Cukup licik. Mereka ini menawarkan tanah tidak wujud untuk dijual pada harga jauh lebih murah daripada pasaran sebelum melarikan wang mangsa hampir RM2 juta.

Itu antara modus operandi 11 suspek sindiket penipuan jual beli tanah yang dikesan aktif sejak lebih setahun lalu sebelum semua berjaya diberkas polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, semua suspek termasuk seorang wanita berusia 30 hingga 70 tahun ditahan di enam lokasi berasingan di Lembah Klang, Johor, Negeri Sembilan dan Perak pada 18 Januari lalu.

“Modus operandi sindiket itu adalah memperdaya­kan mangsa dengan menghubung­i mereka untuk membincang­kan tawaran harga hartanah murah.

“Mereka menyamar sebagai broker dan tuan tanah yang menawarkan hartanah tidak wujud dengan menunjukka­n geran tanah palsu kepada mangsa.

“Mangsa yang terpedaya akan membeli tanah berkenaan dengan harga murah bergantung kepada keluasan tanah yang ditawarkan,” katanya di Ibu Pejabat JSJK Bukit

Aman, semalam.

Amar Singh berkata, susulan tangkapan itu, polis merampas dokumen berkaitan jual beli tanah, telefon bimbit, kad pengeluara­n wang automatik (ATM), komputer riba dan cop nama.

“Semua suspek masih direman dan akan dituduh dalam masa terdekat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 34, Kanun Keseksaan.

“Penahanan semua suspek termasuk dalang utama berusia 70 tahun itu membolehka­n kegiatan sindiket berkenaan dilumpuhka­n sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata, sejak Januari 2017 hingga Januari lalu, pihaknya menerima 266 laporan polis berkaitan jual beli tanah membabitka­n kerugian melebihi RM380 juta.

“Orang ramai dinasihatk­an berhati-hati dengan urusan jual beli hartanah supaya tidak terpedaya dengan tawaran dijanjikan,” katanya.

FAKTA Polis terima 266 laporan berakitan jual beli tanah membabitka­n kerugian RM380 juta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia