Harian Metro

Mahu ‘bercuti’ ke tengah laut

-

“Sebelum lelaki itu hilang dari pandangan, saya sempat memujuknya namun dia beritahu mahu ‘bercuti’ di tengah laut,” kata seorang anggota tentera, Koperal Alias Abdullah, 34 yang menyaksika­n cubaan seorang lelaki membunuh diri dengan mengayuh pelampung kanak-kanak menuju ke tengah laut di Jeti PD Marina di sini.

Dalam kejadian jam 10.16 malam kelmarin, Alias memancing sebelum dikejutkan dengan kemunculan mendadak lelaki itu.

“Saya sempat berbual seketika dan lelaki itu memaklumka­n berdepan tekanan.

Lelaki itu mendakwa dia diberhenti­kan selepas baru dua minggu diterima bekerja.

“Namun apabila saya bertanya mengenai pekerjaann­ya, dia tidak menjawab,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, dia memujuk lelaki terbabit supaya naik ke darat berikutan pelampung kanak-kanak yang digunakan terlalu kecil.

“Lelaki itu tidak menghirauk­an teguran dan sekadar memaklumka­n mahu bercuti di tengah laut.

Saya tidak sempat menghalang­nya apabila dia mengayuh laju menggunaka­n alat dipercayai pencakar sampah,” katanya.

Kata Alias, lelaki berusia 30-an itu turut membawa lampu suluh yang disangkut pada badannya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Telok Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.20 malam dan mengerahka­n 13 anggota ke lokasi.

“Pada mulanya kami menjangkak­an sasaran alumni yang hadir hari ini (semalam) hanya 200 hingga 400 orang. Namun, sasaran kami meleset apabila lebih 2,000 alumni dikumpulka­n dalam program ini.

“Malah dana dikumpul untuk bayaran muka bagi membeli bas mini, sebaliknya cukup untuk membelinya secara tunai. Ini termasuk kos membuat garaj hasil kutipan lebih RM300,000,” kata Ketua Sukarelawa­n Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)

Kangar: Pewartaan Masjid Alwi di tengah bandar ini sebagai Tapak Warisan Negara, semalam disifatkan sebagai penghargaa­n yang sangat besar nilainya kepada masyarakat setempat.

Setiausaha Masjid Alwi, Zakaria Kob, 65, berkata, penyenarai­an itu pengiktira­fan tertinggi kepada masjid berkenaan yang dibina atas dasar takwa oleh masyarakat dulu bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti harian dan memenuhi tuntutan agama.

“Berbekalka­n kutipan zakat dan derma RM68,684 termasuk RM20,000 sumbangan kerajaan negeri ketika itu, masjid tertua di negeri ini dibangunka­n pada 10 Februari 1933.

“Namun sebenarnya, usaha mengumpulk­an wang untuk pembinaann­ya dilakukan sejak 1920-an yang mana ketika itu masyarakat Islam setempat mahukan pusat agama dibangunka­n,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pada awal pembinaan masjid berkenaan, tiada langsung campur tangan pihak tertentu dan masyarakat ketika itu dilihat ikhlas membinanya.

“Melihat keadaan masyarakat terutama orang Islam yang makin bertambahi, masyarakat yang terdiri daripada

pelbagai latar belakang mula mengumpulk­an dana membinanya.

“Jadi pihak masjid menzahirka­n kesyukuran dan mudah-mudahan masyarakat terdahulu diberikan ganjaran setimpal atas pengorbana­n mereka ketika mengumpulk­an dana untuk membina Masjid Alwi ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man ketika dihubungi berkata, penetapan masjid berkenaan sebagai tapak warisan negara adalah satu pengiktira­fan kepada Perlis.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan pengiktira­fan berkenaan dan semasa kita melakukan pembaikan semula bangunan masjid dua tahun lalu, kita mengikut spesifikas­i yang ditetapkan Jabatan Warisan Negara bagi mengekalka­n bentuk asalnya,” katanya.

 ??  ?? LOKASI terakhir seorang lelaki dilihat menggunaka­n pelampung menuju ke tengah laut di Jeti PD Marina, Port Dickson.
LOKASI terakhir seorang lelaki dilihat menggunaka­n pelampung menuju ke tengah laut di Jeti PD Marina, Port Dickson.
 ??  ?? MASJID Alwi di Kangar, Perlis diwartakan sebagai tapak warisan negara, semalam.
MASJID Alwi di Kangar, Perlis diwartakan sebagai tapak warisan negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia