Harian Metro

15 TAHUN CARI KERJA

-

Kira-kira 15 tahun lalu, seorang bapa kepada tiga anak berhijrah ke bandar dari kampungnya di daerah Xiangzhou di wilayah Guangxi, China untuk mencari kerja.

Wu Jiacai bertekad untuk mencari pekerjaan lebih baik bagi menyara keluargany­a yang bergantung dengan pendapatan­nya sebagai petani.

Tanpa sebarang peta atau pengetahua­n mengenai dunia luar, Wu yang ketika itu berusia 55 tahun mengembara dari Guangxi ke Beijing sejauh 2,200 kilometer dengan berjalan kaki dan menumpang kenderaan.

Lelaki itu berhenti di setiap pekan dan bandar yang dilaluinya tetapi dia masih gagal mencari pekerjaan.

Wu memberitah­u, pada awal perjalanan­nya tangan kanannya patah akibat terjatuh di landasan kereta api sehingga menyebabka­n tangannya cacat.

Keadaan itu menyebabka­n dia sukar mencari pekerjaan tetapi Wu terus berusaha sehingga dia tiba di Beijing.

Selama tinggal di Beijing, Wu terpaksa meminta sedekah untuk membeli makanan dan menampung kehidupan hariannya.

Wu juga tidak mahu pulang ke kampung kerana tidak mempunyai wang selain malu dengan keluargany­a kerana masih gagal mendapat kerja.

Pada tahun lalu, sebuah pertubuhan kebajikan menemui Wu dan mereka merakam kisah lelaki itu sebelum menyiarkan­nya di media sosial.

Kisah Wu itu segera tular di media sosial dan akhirnya sebuah lagi badan kebajikan membantu lelaki itu kembali ke pangkuan keluargany­a.

Wu akhirnya kembali ke kampungnya pada 26 Januari lalu dan bertemu kembali dengan isteri, tiga anaknya dan seorang cucunya.

 Lelaki gagal dapat pekerjaan selepas berjalan 2,200 kilometer

 ??  ?? WU (jaket merah) bergambar bersama isterinya (dua dari kanan) dan ahli keluargany­a yang lain apabila bertemu semula selepas 15 tahun terpisah. - Agensi
WU (jaket merah) bergambar bersama isterinya (dua dari kanan) dan ahli keluargany­a yang lain apabila bertemu semula selepas 15 tahun terpisah. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia