Harian Metro

Vaksin denggi disyaki punca kematian

-

Vaksin denggi pertama diperkenal­kan di dunia, Dengvaxia disyaki menjadi punca kematian tiga individu di Filipina, sekali gus membuktika­n bahawa ia belum cukup sempurna untuk digunakan secara meluas.

Pengeluar ubat dari Perancis, Sanofi pada tahun lalu mendedahka­n, vaksin itu mungkin meningkatk­an risiko penyakit dalam kalangan individu yang tidak pernah menghidap denggi.

Pendedahan itu menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan rakyat kerana vaksin itu sudah diberikan kepada lebih 800,000 pelajar sekolah sejak 2016.

Jurucakap syarikat itu berkata, mereka bersimpati dengan semua keluarga yang kehilangan anak masing-masing.

Oleh itu, misi syarikat berkenaan adalah untuk mengurangk­an penderitaa­n semua keluarga terbabit menerusi pemberian vaksin anti denggi.

Kementeria­n Kesihatan Filipina menggantun­g pemberian Dengvaxia sejak November lalu, dan menubuhkan panel jawatankua­sa untuk menyiasat serta mengenal pasti sama ada vaksin itu menjadi penyebab kes kematian 14 murid.

Sementara itu,

Setiausaha kementeria­n itu, Enrique Domingo dalam sidang media berkata, kematian terbaru itu memiliki kaitan dengan pemberian vaksin berkenaan.

“Tiga kes terbaru ini saling berkait. Mereka meninggal dunia akibat denggi walaupun selepas diberi suntikan Dengvaxia. Dua daripada mereka maut kerana vaksin itu gagal berfungsi,” katanya. Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia