Harian Metro

Debaran makin kencang

-

Badminton Berpasukan Asia akan bermula Selasa ini di Alor Setar, saingan yang menjadi debaran sama ada Malaysia dapat layak beraksi pada pusingan akhir Piala Thomas di Bangkok, Mei depan.

Seperti yang diketahui, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan C bersama Taiwan, Thailand dan Myanmar. Berbeza berbanding edisi terdahulu, penampilan Malaysia kali ini dilihat agak ‘goyang’ kerana bukan diletakkan selaku status pasukan pilihan.

Hakikatnya memang benarlah gambaran itu kerana barisan kali ini tidak sekuat beberapa edisi sebelum ini. Kalau tanya saya, sudah pasti kejohanan kali ini akan memberi tekanan kepada pemain kerana kita tidak tahu pemain yang mampu beraksi dengan konsisten dalam acara berpasukan.

Ini kerana, kecuali jaguh perseorang­an Datuk Lee Chong Wei dan beregu berpengala­man, Goh V

(gambar)

Shem-Tan Wee Kiong, pemain lain masih cetek pengalaman. Apabila situasi ini berlaku, secara tidak langsung ia akan memberi bebanan kepada setiap pemain.

Namun pada masa sama saya amat berharap dengan status kita selaku pasukan ‘underdog’, ia dapat menaikkan semangat setiap pemain untuk membuktika­n Malaysia masih kekal selaku antara kuasa badminton dunia.

Congak punya congak, saya rasa Chong Wei dan V Shem-Wee Kiong mampu menjamin mata untuk negara apabila beraksi pada peringkat kumpulan.

Bagi pemain lain, besar harapan saya supaya mereka dapat melakukan kejutan dan memberi sumbangan kepada Malaysia.

Kita perlu bermula langkah kanan dengan menewaskan Thailand, pasukan pertama yang akan ditemui. Harus diingat hendak tewaskan mereka bukan perkara yang mudah.

Namun saya yakin setiap pemain dapat menggalas tugas yang diberikan. Pada akhirnya, skuad negara perlu menetapkan matlamat untuk layak beraksi di Bangkok.

Kalau tidak, mungkin ia akan menjadi sejarah hitam kerana belum pernah lagi kita tidak layak beraksi pada pusingan akhir. Ayuh Malaysia! Jumpa lagi.

 ??  ??
 ??  ?? V SHEM (belakang) dan Wee Kiong mampu menjamin mata untuk negara.
V SHEM (belakang) dan Wee Kiong mampu menjamin mata untuk negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia