Harian Metro

KONGSI CARTA

- Farah Azharie farahazhar­ie@nst.com.my

 Campillo kumpul 15 bawah par 201, sama dengan Frittelli

Pemain golf Sepanyol, Jorge Campillo hanya menggunaka­n driver dan iron 6 untuk berkongsi carta pendahulu selepas pusingan ketiga Kejuaraan Maybank, semalam.

Pemain berusia 31 tahun itu membenam eagle pada lubang pertamanya di pusingan ketiga untuk mencatat enam bawah par 66 sekali gus meraih catatan agregat 15 bawah par 201 untuk berkongsi kedudukan pendahulu bersama Dylan Frittelli dari Afrika Selatan.

“Saya melakukan pukulan driver yang sempurna dan iron 6 dalam jarak empat ke lima meter untuk berjaya menamatkan permainan dengan baik. Bagus dapat membuka aksi dengan eagle.

“Saya beraksi dengan baik pada pusingan ini. Saya berdepan kesukaran di beberapa lubang tapi berjaya melakukan putt jadi secara keseluruha­n,

(gambar)

ia aksi yang meyakinkan.

“Saya tidak sabar menunggu esok kerana saya teruja selepas berada pada kedudukan yang baik,” katanya.

Sepanjang sembilan tahun bergelar pemain profesiona­l, Campillo gagal meraih sebarang kemenangan dalam Jelajah Eropah, namun berhasrat untuk menamatkan kemarau kejuaraan pada penampilan ketiganya di Kejuaraan Maybank kali ini.

Pencapaian terbaiknya pada kejohanan itu adalah berkongsi tangga keempat pada 2016.

Sementara itu, Frittelli yang membuat penampilan sulung pada Kejuaraan Maybank berjaya mencuri tumpuan dan mengakui kesabaran menjadi kunci kepada kejayaanny­a setakat ini.

“Saya sudah menyatakan semalam saya perlu bersabar apabila berada di green. Ramai yang sering kecewa ketika di green tapi saya mahu kekal positif dan cuba memasukkan bola ke dalam lubang dengan sempurna,” kata Frittelli yang kini menghuni ranking ke-47 dunia.

Pendahulu kelmarin, Phachara Khongwatma­i dari Thailand dan Nino Bertasio dari Itali merudum ke tangga kelima selepas sekadar meraih 70 pukulan dan merakam agregat 13 bawah par 203.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia