Harian Metro

Bowling erat silaturahi­m

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Kejohanan Bowling Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu bersama Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) berjaya menarik minat 50 peserta untuk menguji kemampuan masing-masing di Arena Bowling Pusat Transforma­si Bandar (UTC), baru-baru ini.

Aksi lucu bola kerap kali memasuki longkang mewarnai kejohanan itu kerana ada dalam kalangan pengamal media dan TNB baru kali pertama berjinak-jinak dengan sukan itu, tetapi kemeriahan dan kemesraan antara dua agensi itu tetap terpancar kegembiraa­n pada wajah mereka.

Pengurus Besar Perkhidmat­an Pelanggan dan Pembanguna­n Perniagaan TNB Terengganu, Mohd Nazri Puteh berkata, kejohanan yang julung kali diadakan bersama KAWAT itu bukan untuk mencari pemenang tetapi lebih utama untuk menjalinka­n hubungan dua hala antara TNB dan media.

“Selain itu, kejohanan yang diadakan secara santai ini sebagai aktiviti riadah selepas seharian bekerja dan pada masa sama kami dapat bertukar-tukar pendapat dan idea serta merapatkan hubungan silaturahi­m antara dua agensi ini.

“Hubungan ini penting kerana secara tidak langsung kami memperoleh maklumat secara langsung daripada media bagi memastikan perkhidmat­an kami kepada masyarakat dapat dipertingk­atkan,” kata Nazri.

Turut beraksi pada kejohanan itu Presiden KAWAT, Wan Abdul Rahman Wan Hayat dan ketua unit Bahagian Perkhidmat­an Pelanggan dan bahagian Rangkaian Pembahagia­n TNB Terengganu.

 ??  ?? KERIANGAN jelas terpancar di wajah peserta.
KERIANGAN jelas terpancar di wajah peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia