Harian Metro

HAZIQ JIWA KELAJUAN

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Buru aksi MotoGP, idam pahat nama negara selaku juara dunia satu hari nanti

Daripada 300 peserta uji bakat, pelumba cilik Muhammad Harith Haziq Zamri antara lima yang bertuah apabila dipilih menyertai program ‘Impian ke Moto GP’ di Litar Go-Kart, Litar Antarabang­sa Sepang, baru-baru ini.

Biarpun baru berusia 14 tahun,

Soalan (S): Sejak bila mula berkecimpu­ng dalam sukan permotoran dan siapa individu yang memperkena­lkan anda dengan sukan ini? Jawapan (J): Saya mula berkecimpu­ng pada umur 10 tahun dengan berlumba di saingan Pocket Bike. Minat saya bermula bila lihat kawan-kawan naik motor dan selepas itu saya bagi tahu ayah yang saya juga minat berlumba. kemantapan Haziq menunggang jentera motosikal berkuasa 250cc nyata memikat juri pemilihan yang menyaksika­n dia akan menerima latihan intensif di bawah kendalian bekas pelumba Moto3 dan Kejuaraan Superbike Dunia, Zulfahmi Khairuddin.

Mari ikuti luahan Haziq yang bercita-cita untuk berlumba dalam MotoGP suatu hari nanti.

Akhirnya ayah tunaikkan hajat saya dan mula menyertai perlumbaan Pocket Bike.

S: Kenapa anda memilih sukan ini berbanding sukan lain?

J: Entahlah... tapi apa yang pasti saya terlalu berminat dengan motor dan juga kelajuan sebab itu saya memilih sukan lasak ini.

S: Apa impian anda dalam sukan ini?

J: Sudah tentu saya mahu berlumba dalam MotoGP dengan menunggang jentera paling laju. Kalau boleh saya mahu memahat nama Malaysia di mata dunia dengan menjadi juara dunia satu hari

nanti.

S: Anda agak unik berbanding pelumba lain kerana memakai kaca mata. Tidakkah ia mengganggu anda ketika berlumba?

J: Oh tidak. Langsung tidak mengganggu fokus saya. Kalau boleh saya mahu kekalkan identiti sebagai pelumba berkaca mata yang berlumba di pentas MotoGP satu hari

nanti.

S: Siapa idola anda dalam sukan permotoran ini?

J: Sudah tentu idola saya Hafizh Syahrin Abdullah dan juga mentor saya sekarang iaitu Zulfahmi Khairuddin. Kalau boleh saya nak jadi sehebat mereka.

S: Anda antara pelumba muda bertuah yang terpilih mengikuti program ‘Impian ke Moto GP’ di bawah bimbingan Zulfahmi Khairuddin. Apa yang anda harapkan daripada program ini?

J: Saya mengharapk­an untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi seperti perlumbaan MotoGP di usia muda.

 ??  ?? HAZIQ (dua kanan) ketika uji bakat program ‘Impian ke Moto GP’. HAFIZH jadi idola Haziq.
HAZIQ (dua kanan) ketika uji bakat program ‘Impian ke Moto GP’. HAFIZH jadi idola Haziq.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia