Harian Metro

TAGIH PELUANG BERAKSI

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Adam, rakan bukti skuad B-23 mampu pergi lebih jauh selepas layak ke suku akhir

Soalan: Skuad muda negara yang anda wakili melakar sejarah baru bola sepak negara apabila muncul sebagai lapan pasukan terbaik pada Kejohanan B-23 AFC di China, baru-baru ini. Ia umpama meletuskan era baru apabila Malaysia

“Bagi saya pencapaian skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee di China sesuatu yang membanggak­an diri sendiri, pasukan dan rakyat Malaysia.

Saya sendiri tidak jangka kami mampu mara hingga ke suku akhir kerana Malaysia hadir sebagai pasukan bukan pilihan. Banyak pihak yang memandang rendah dan tidak menaruh harapan tinggi namun kami buktikan sebaliknya di tengah padang.

Kami melepasi ranjau peringkat kumpulan yang menampilka­n pasukan handalan Asia sebelum memberikan tentangan sengit kepada Korea Selatan pada kini dilihat kembali bersaing di pentas antarabang­sa. Apa rumusan anda (Adam Nor Azlin) mengenai penampilan pada kejohanan itu?

Muhammad Adam Hakimi, Kajang

suku akhir. Kami berjaya mencapai KPI yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Saya fikir komitmen tinggi pemain dan semangat sepasukan yang jitu membantu kami melangkah jauh pada kejohanan itu. Setiap latihan dan aksi persahabat­an yang sukar, kami tempuh dengan penuh dedikasi.

Pemain sendiri juga jelas mahu membuktika­n sesuatu selepas menjalani latihan dengan rapi di Korea Selatan sebelum kejohanan. Kami tidak mahu mensia-siakan peluang yang sudah terhidang.

Ia permulaan yang bagus terutamany­a kepada pemain muda apabila berpeluang bersaing di pentas kompetitif pada peringkat Asia. Kami tidak boleh besar kepala dan perlu terus membaiki kelemahan terutamany­a apabila melangkah ke peringkat senior bersama skuad Harimau Malaya.

Kami perlu selangkah demi selangkah untuk meraih pencapaian yang lebih baik. Saya fikir jika semua pemain mempunyai mentaliti sama, tahap bola sepak negara akan terus mampu dipertingk­atkan.

Saya serta rakan yang lain perlu terus bekerja keras bersama pasukan masing-masing. Tahap kecergasan dan prestasi perlu dikekalkan.

Pada masa sama saya berharap pemain muda dapat diberikan lebih ruang dan peluang untuk diturunkan dalam perlawanan liga supaya Malaysia tidak ketandusan bakat pada masa akan datang.

Kami sudah meletakkan tanda aras baru kepada bola sepak negara pada peringkat umur ini, jadi saya berharap skuad selepas ini mampu melangkah lebih jauh atau mungkin bergelar juara pada edisi seterusnya.”

 ??  ?? ADAM (berdiri, kiri) bersama skuad muda negara di Kejohanan B-23 di China baru-baru ini.
ADAM (hadapan, tengah) sebelum memulakan aksi menentang Korea Selatan.
ADAM (berdiri, kiri) bersama skuad muda negara di Kejohanan B-23 di China baru-baru ini. ADAM (hadapan, tengah) sebelum memulakan aksi menentang Korea Selatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia