Harian Metro

KEJUTAN BUAT CAROLINE

- REUTERS

Juara Terbuka Australia dan pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki dikejutkan dengan kekalahan 6-7 (2/7), 3-6 di tangan pemain tuan rumah, Daria Kasatkina pada suku akhir Trofi St Petersburg, kelmarin.

Segar dengan kejayaan merangkul gelaran Grand Slam sulung kariernya, pemain dari Denmark itu mara ke suku akhir dengan jangkaan mara ke peringkat seterusnya sebelum Daria membuat kejutan.

“Dia baru saja menjuarai Terbuka Australia dan selepas saya menewaskan­nya, ia bermakna saya bermain dengan amat baik,” kata Daria yang juga pilihan keenam kejohanan.

“Saya hanya cuba bermain untuk mendapatka­n mata demi mata dan fokus kepada permainan rali.”

Lawan Daria yang menghuni ranking ke-23 dunia di peringkat seterusnya ialah penyandang juara Kristina Mladenovic dari Perancis. Kristina yang juga pilihan keempat mengambil langkah penting dalam usaha mempertaha­nkan kejuaraann­ya apabila meraih kemenangan straight set ke atas pemain Republik Czech, Katerina Siniakova 6-4, 6-3.

Pada aksi lebih awal, juara Wimbledon dua kali, Petra Kvitova melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan pilihan kedua, Jelena Ostapenko 6-0, 6-2.

Petra yang menyertai kejohanan dengan tiket wildcard mengakui lega dengan kemenangan itu.

“Di hujung perlawanan, saya memperoleh semula rentak saya sedikit. Saya tahu saya akan bermain dengan lebih baik hari ini, menentang seseorang yang bermain amat agresif,” kata Petra.

Petra bertemu pilihan kelima, Julia Goerges, yang mara dengan kemenangan meyakinkan 6-3, 6-3 ke atas pemain kelayakan dari Russia, Elena Rybakina.

 Ditewaskan Daria Kasatkina pada suku akhir Trofi St Petersburg

 ??  ?? DARIA
DARIA
 ??  ?? CAROLINE
CAROLINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia