Harian Metro

Lorenzo taruhan Ducati

-

London: Ducati boleh bersaing merebut kejuaraan dunia MotoGP dengan kedua-dua penunggang, kata pengurus pasukan, Davide Tardozzi selepas pelumba Sepanyol, Jorge Lorenzo merekod masa terpantas sesi ujian rasmi di Malaysia, minggu lalu.

Penunggang Itali, Andrea Dovizioso muncul naib juara keseluruha­n musim lalu, tetapi Lorenzo yang juga juara dunia tiga kali, bergelut pada musim pertamanya apabila menamatkan saingan di tangga ketujuh.

Lorenzo yang sebelum ini menghabisk­an sembilan musim bersama Yamaha begitupun tampil membuktika­n kemampuann­ya dengan merekod masa terpantas sepusingan jentera dua roda di Litar Antarabang­sa Sepang sepanjang tiga hari ujian.

“Kami gembira dengan perkara yang berlaku di garaj pasukan kami,” kata Tardozzi. “Saya fikir kami boleh menjadi kompetitif untuk kejuaraan musim ini, dengan kedua-dua penunggang kami.

“Kedua-dua penunggang (pasukan utama) kami dan (Danilo) Petrucci (satelit) memberikan komen yang amat positif. Mereka benar-benar berpuas hati dengan penyaluran kuasa dan juga enjin baru.

“Kami cuba untuk membuatkan enjin bertambah lancar dan kurang agresif, ia sesuatu yang penunggang mahukan. Ketika musim sejuk, kami berusaha untuk melakukann­ya dan nampaknya kami mendapat keputusan yang diharapkan.”

Lorenzo yang menjuarai semua gelaran dunia MotoGP bersama Yamaha berkata, masih banyak ruang pembaikan yang diperlukan Ducati di sebalik prestasi yang ditampilka­n di Sepang.

“Saya fikir masih ada jurang yang agak besar sebelum kami memperoleh potensi maksimum,” kata Lorenzo. “Ia petanda yang bagus kerana kami menamatkan ujian di kedudukan pertama dan masih ada yang boleh diperbaiki.” - Reuters

 ??  ?? LORENZO
LORENZO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia