Harian Metro

JENAKA CARRAGHER

- AFP

London

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp terhibur dengan pandangan bekas kapten kelab itu, Jamie Carragher yang mencadangk­an pemain baru, Virgil van Dijk perlu lebih kurus bagi mengembali­kan semula prestasi terbaiknya.

Carragher memberitah­u Sky Sports dalam program ‘The Debate’ betapa pemain pertahanan termahal dunia itu “perlu mengurangk­an sedikit beratnya.”

“Saya yakin Jamie perlu mengurangk­an sedikit beratnya tapi bukannya Virgil,” kata Klopp semalam.

“Dia pemain yang besar dan tinggi, itulah dirinya. Kami mempunyai jabatan nutrisi terbaik dan tiada sesiapapun datang kepada saya dan berkata kami perlu melakukan itu kepadanya.”

Van Dijk dari Belanda, yang menyertai Liverpool dengan yuran perpindaha­n AS$107 juta (RM416 juta) bulan lalu bersedia untuk disenarai semula dalam kesebelasa­n utama Klopp bagi aksi penting menentang Tottenham Hotspur, awal pagi esok.

Bekas pemain Southampto­n itu direhatkan Selasa lalu apabila Reds menewaskan Huddersfie­ld 3-0 di tempat lawan.

Liverpool yang ketika ini menghuni tangga ketiga memiliki kelebihan dua mata di atas Tottenham yang berada di tangga kelima dan mempunyai misi balas dendam susulan kekalahan 1-4 di Wembley pada aksi terakhir Oktober lalu.

Van Dijk dijangka akan mengambil tempat Dejan Lovren yang digantikan selepas 31 minit di Wembley selepas pemain dari Croatia itu tampak sukar untuk mengekang gerakan Harry Kane.

Selain itu, Klopp turut mempertaha­nkan persembaha­n Van Dijk di Anfield setakat ini susulan kekalahan mengejut kepada Swansea dan West Brom sejak dia menjaringk­an gol pada penampilan pertama dalam aksi tetangga Merseyside bertemu Everton.

“Ia benar-benar seperti

 Klopp bidas pandangan bekas kapten Reds, akui Van Dijk miliki kelebihan berbadan besar

yang saya jangkakan akan berlaku. Beberapa tempoh naik dan turun,” kata Klopp.

“Anda akan melihat Virgil van Dijk di prestasi terbaiknya pada musim panas nanti tapi anda tidak mempunyai masa untuk menunggu dan mengapa kami perlu menunggu? Dia sudah memberi banyak bantuan.”

 ??  ?? CARRAGHER VAN Dijk sertai Liverpool dengan yuran perpindaha­n RM416 juta bulan lalu.
CARRAGHER VAN Dijk sertai Liverpool dengan yuran perpindaha­n RM416 juta bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia