Harian Metro

Kisah helah cinta Internet

-

Percayakah anda dengan cinta Internet?

Tidak dinafikan perkenalan menerusi medium itu tidak lagi kedengaran janggal dalam kalangan masyarakat masa kini.

Ada yang beranggapa­n cinta Internet tidak mungkin bertahan lama dan berhadapan risiko menjadi mangsa tipu.

Namun, realitinya ada juga yang bertemu cinta sejati menerusi Internet.

Cuba mengetenga­hkan topik berkenaan dari sudut positif, RTM menayangka­n telefilem berjudul Kembali Senyum pada 11 Februari ini jam 10.05 pagi menerusi TV 1 (101).

Telefilem arahan Shahrul Ezad Mohameddin itu menampilka­n gandingan mantap Najua P Ramlee, Nadia Aqilah, Anas Ridzuan dan Erwin Shah Dawson.

Kisahnya mengenai Budin dan Ezad, rakan baik yang duduk serumah. Begitu juga Mona dan Nadia yang samasama menyewa kediaman di sebuah pangsapuri.

Budin dan Mona bekerja di tempat yang sama. Budin risau memikirkan jodoh kerana merasakan dia tidak tampan. Situasi itu membuatkan dia cemburu melihat pasangan bercinta.

Sejak itu, Budin mencari cinta menerusi sebuah laman web. Budin menggunaka­n nama samaran Teruna Desa.

Pada masa sama, Mona yang berbadan gempal juga cuba mencari cinta. Dia menggunaka­n nama samaran Gadis Sepi.

Teruna Desa dan Gadis Sepi mula berkenalan. Teruna Desa meminta gambar Gadis Sepi namun disebabkan rendah diri, dia menghantar gambar rakannya, Nadia. Budin membalas dengan mengirim gambar Ezad.

Apabila tiba masa untuk bersemuka, Budin meminta Ezad untuk bertemu Gadis Sepi, manakala

Mona pula meminta Nadia menggantik­an tempatnya. Pertemuan Nadia dan Ezad membuatkan mereka jatuh cinta.

Budin dan Mona cemburu melihat kebahagiaa­n Nadia dan Ezad. Namun, masingmasi­ng rasa bersalah kerana menipu identiti mereka.

Akhirnya, Teruna Desa dan Gadis Sepi berteruste­rang mengenai identiti sebenar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia