Harian Metro

Sudah bahasakan diri ‘sayang’

-

Erni Zakri-Syamil kini serius bercinta

Ikutkan bukan sekali dua Cik Pang dengar pasal hubungan mesra antara penyanyi Erni Zakri dan Syamil.

Malah dalam ruangan ini, Cik Pang pernah berkongsi mengenai keakraban mereka berdua.

Cerita terbaru Cik Pang dapat tahu, dua penyanyi itu khabarnya sudah bersikap terbuka mengaku mereka sebenarnya serius bercinta.

Iyalah! Mereka sering memberi pelbagai alasan dan berdolak dalih tatkala disoal teman media mengenai status hubungan mereka sebelum ini.

Menurut teman Cik Pang, hubungan cinta mereka betul-betul berputik selepas Erni putus cinta dengan bekas kekasihnya.

Bak kata orang tua- tua, situasi Erni kiranya diibaratka­n seperti patah tumbuh hilang berganti.

Antara yang menguatkan kisah cinta mereka adalah masing-masing sudah membahasak­an diri dengan panggilan sayang!

Malah dengar cerita, keluarga Erni pun sudah merestui hubungan cinta mereka. Kalau betullah apa yang didengar, tidak lama lagi bakal makan nasi minyak lah ya!

Pendapat Cik Pang, mereka memang sepadan. Bukan saja memiliki bakat nyanyian luar biasa, malah antara penyanyi muda yang sedang menempa nama di dalam industri muzik tempatan.

Cik Pang doakan semoga hubungan cinta yang baru terjalin antara mereka berdua berterusan sampailah ke jenjang pelamin ya! Amin! selebriti itu berkahwin.

Malah dengar cerita, si suami juga dalam proses mahu keluar daripada syarikat pengurusan sekarang kerana mahu berada di bawah syarikat pengurusan si isteri pula.

Ikutkan pening juga mendengar pelbagai hal yang dibangkitk­an pasangan selebriti popular ini. Bukan saja teman-teman tadi, malah ada juga teman media Cik Pang pernah merungut hal hampir sama.

Bagi Cik Pang, tak payah susah-susah nak fikirkan pasal mereka berdua. Hanya lupakan saja dan biarlah mereka terus dengan sikap ‘diva’ mereka.

Rasanya lebih baik teman-teman media Cik Pang mengangkat anak seni lain yang jauh lebih senang bekerjasam­a dan merendah diri, tak begitu?

 ??  ?? ERNI Zakri, Syamil AF.
ERNI Zakri, Syamil AF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia