Harian Metro

Stigma muncul ubati rindu

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Bertemu semula selepas berbelas tahun hasil album mini

Selepas 17 tahun menyepi, kumpulan yang pernah muncul dengan album Terpatri (1997) dan Awin No 1 (2000) kembali merancakka­n industri muzik tempatan.

Menerusi album mini ketiga berjudul Rinduku Rindumu pada akhir

2017 lalu, Stigma yang dianggotai Ayie selaku gitaris, Awin (vokalis), Kamal (gitaris) dan

Pies (dram) berharap rindu yang selama ini bersarang di hati akan hilang.

“Sebenarnya sudah lama kami mahu buat kemunculan semula. Dari tahun 2004 kami hanya lihat rakan-rakan buat persembaha­n dan kali ini tidak teragak-agak untuk kembali dengan muzik lebih matang dan segar,” kata Ayie.

Pengalaman mereka dalam bidang muzik tidak perlu dipertikai­kan lagi. Masing-masing menimba ilmu ketika bersama kumpulan lain sebelum ini.

Ayie, bekas pemuzik kumpulan Arrow dan Kamal pula bermula dengan kumpulan

EYE. Awin pula rancak mencipta lagu untuk penyanyi popular tempatan.

Kamal berkata, perasaanny­a sama seperti Ayie selepas meninggalk­an EYE dan fokus dengan kerjaya sebagai kakitangan awam di Ipoh, Perak.

“Kami dianugerah­kan bakat bermain muzik. Sudah lama fokus dengan kerja, terjumpa pula dengan rakan lama di Perak dan selalu ajak

‘jam’.

“Apabila sering bercerita kisah lalu, jadi seronok dan terbuai. Kami sepakat untuk kembali aktif. Jadi kami cuba buat kemunculan semula meskipun usia sudah 50an,” katanya.

Stigma mahu menghasilk­an muzik untuk kepuasan diri dan pendengar. Justeru itu, mereka banyak berlatih sejak aktif lima bulan lalu.

Mereka juga perlu bijak membahagik­an masa bagi memenuhi tuntutan kerja dan keluarga.

“Kami kena korban banyak perkara terutama masa dan tenaga. Bukan mudah kerana ada banyak komitmen tetapi kami cuba buat sehabis baik,” kata Ayie.

Awin menjelaska­n mereka yakin untuk bergabung kerana masingmasi­ng sudah saling mengenali dan pernah duduk sebumbung.

“Sudah berbelas tahun tidak bertemu. Ada dua tiga orang langsung tak pernah berhubung tetapi apabila bercakap mengenai projek mini album, semua muncul kembali.

“Oleh itu, daripada sekadar bercerita mengenai impian dan keinginan, lebih baik buat sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Sebab itulah jadi lebih yakin,” katanya.

Awin berpendapa­t, keyakinan terhadap industri dan pendengar berbeza antara dulu dan kini.

Katanya, dulu pemuzik dibentuk dan diperkenal­kan tetapi kini ramai artis dilahirkan atas usaha sendiri menerusi beberapa medium media sosial.

Untuk menghasilk­an album Stigma tiada masalah kerana mereka mampu melakukan sendiri proses pembikinan lagu, rakaman dan susunan muzik.

“Masing-masing ada studio, peralatan muzik dan karya sendiri. Itu yang buatkan kami lebih berani dan terbuka untuk terus berkarya,” kata Awin.

Stigma juga tidak menolak sekiranya ada komposer berminat menawarkan lagu kepada mereka.

Album mini ini memuatkan empat lagu termasuk Rinduku Rindumu dan mereka sedang mengkaji penerimaan pendengar.

“Industri sekarang berbeza dan banyak cabarannya. Kalau dulu kita boleh suap pendengar dengan apa saja lagu tetapi tidak lagi sekarang. Pendengar semakin bijak menilai sesebuah karya dan kerana itu kita kena tengok penerimaan mereka.

“Dalam soal ini kita kena terbuka dan tak boleh syok sendiri. Kalau pendengar tak suka kita kena ubat dan buat sampai okay,” kata Awin.

Mereka turut melihat kemunculan semula genre muzik 1990-an sebagai peluang terbaik untuk pemuzik lama kembali berkarya.

Paling penting ialah setiap karya dihasilkan perlu kedengaran lebih matang susunan muziknya, setanding dengan pengalaman dan usia mereka.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia