Harian Metro

Tunggu kejutan kami

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Azmi, Hazama, Haqiem sedia persembaha­n memukau pada malam

kemuncak AJL32, Ahad depan

Debaran Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL32) yang bakal berlangsun­g di Axiata Arena Bukit Jalil pada 11 Februari ini kian terasa dan pastinya peserta sudah menetapkan corak persembaha­n masingmasi­ng.

Penyanyi utama kumpulan Caliph Buskers, Azmi; Hazama dan Haqiem Rusli mengakui sudah ada corak sesuai untuk persembaha­n pada malam kemuncak nanti.

Sewaktu ditemui ketika mempromosi­kan AJL32 di tapak busking Sogo minggu lalu, Azmi atau nama sebenarnya Khirul Azmi Mohd Saat berkata, Faizal Tahir mengubah suai sususan muzik lagu yang bakal dipersemba­hkan mengikut kesesuaian vokalnya.

Seperti yang diketahui umum, Azmi menggantik­an Faizal Tahir mendendang­kan lagu Sejati ciptaan sepenuhnya komposer dan penyanyi prolifik itu.

“Saya turut belajar bagi memantapka­n vokal tetapi tidaklah keterlalua­n.

Saya lakukan latihan yang sesuai dengan kemampuan suara dan penghayata­n,” katanya.

Azmi turut menegaskan, walaupun nanti ada corak persembaha­n lain yang dipaparkan sebagai gimik, dia tidak akan berasa terganggu.

“Pihak syarikat rakaman Faizal Tahir, Warner Music turut merancang sesuatu untuk malam persembaha­n nanti. Saya serahkan segalanya kepada mereka untuk menentukan apa yang terbaik,” katanya.

Buat kali keenam, Hazama melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu (AJL) dan dia sangat berbesar hati terus dipilih untuk bersaing di pentas AJL32.

“Alhamdulli­lah, saya masih diberi peluang. Walaupun sudah lima kali menyertai AJL dan tidak memenangi apa-apa, saya tidak pernah mengeluh mahupun patah semangat. Bagi saya, penyertaan kali keenam ini adalah penanda aras apatah lagi lagu saya dipilih juri berkaliber,” katanya.

Ada yang berpendapa­t penyertaan Hazama hanyalah sebagai penyendal bagi melengkapk­an jumlah artis yang bertanding pada malam AJL32.

Menjawab isu itu, Hazama berkata, ia tidak sepatutnya dibangkitk­an kerana yang dipertandi­ngkan adalah lagu dan karya yang didendangk­an.

“Saya sedar zaman kegemilang­an dan kemuncak saya sudah lepas. Sekurang-kurangnya apabila saya masih dipilih juri untuk bertanding di pentas prestij seperti AJL32 ini bermakna muzik yang saya ketengahka­n masih digemari dan ia berkualiti pada pandangan mereka.

“Saya berasakan sudah tiba masanya industri memberikan laluan kepada orang baru. Saya sudah laluinya ketika awal kemunculan dulu. Namun, pembabitan saya

 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia