Harian Metro

Irfan ‘mer

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Pertama kali berlakon dan digandingk­an dengan artis wanita membuatkan penyanyi yang kian popular, Irfan Haris gementar.

Apatah lagi, dalam klip video lagu terbaru berjudul Hilang yang menjalani penggambar­an baru-baru ini, Irfan digambarka­n harus memenangi hati gadis idamannya.

Ternyata percubaan berlakon dalam klip video itu memberi pengalaman baru buat penyanyi yang popular dengan lagu Pesan dan Redha.

Irfan mengakui dia agak malu beraksi terutama apabila ada babak dia cuba memenangi hati gadis pujaannya.

“Terima kasih dengan pelakon Dia Farhana kerana buat saya berasa selesa sepanjang penggambar­an.

“Awalnya, saya sangat malu tetapi dia banyak bantu saya untuk buang perasaan itu.

“Pengarah klip video iaitu Izwan Mokhtar juga banyak beri tunjuk ajar. Saya bertuah kerana dapat bekerja dengan mereka yang banyak pengalaman,” katanya.

Sambung Irfan, meskipun malu dia tetap bertegur sapa dengan orang sekeliling.

“Kalau nak tahu muka saya cepat merah apabila diusik terutama orang yang baru dikenali. Memang dari kecil saya begitu tetapi tidaklah sampai tak mahu bertegur sapa dengan orang.

“Saya bercakap dengan Dia macam biasa. Cuma mula-mula kenal memang saya malu,” katanya.

Berdasarka­n reaksi kekok Irfan ketika perlu menggambar­kan perasaan suka terhadap seseorang, mereka yang bekerja dalam produksi itu dapat mengagak dia tidak pernah bercinta.

“Memang betul saya tidak ada kekasih. Sebelum ini saya pernah suka dengan seseorang tetapi tidaklah sampai bercinta.

“Saya baru 17 tahun

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia