Harian Metro

Eden Firdaus lebih selesa

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Pindah ke premis empat tingkat di Kota Damansara Science Park

Bermula dengan sebuah rumah kedai dua tingkat di Red Carpet Avenue, Kota Damansara pada 2016, Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus berpindah ke premis empat tingkat yang jauh lebih luas, selesa dan mewah sejak awal Januari lalu.

R&R Selebriti METRO AHAD minggu ini berpeluang melihat sendiri pusat itu di Kota Damansara Science Park.

Pemiliknya, Ahmad Idham Nazdri, 46, menyambut ceria kedatangan penulis saat melangkah masuk ke ruang lobi yang dicat putih dan dihiasi perabot minimalis.

Penulis dibawa melihat lobi dan ruang legar di tingkat mezanin. Namun begitu, beberapa siri penambahba­ikan sedang dilakukan agar lebih selesa.

“Kami tidak merancang untuk penuhkan ruang ini dengan perabot besar. Cukup ala kadar agar ia nampak lebih luas dan selesa untuk pelajar di sini keluar masuk.

“Di tingkat mezanin, ada ruang luas untuk mengadakan mesyuarat atau pameran sekiranya mahu mengadakan aktiviti berkaitan pendidikan. Malah, ia juga selesa untuk sesi bertemu ibu bapa pelajar,” katanya yang mengusahak­an pusat itu bersama isteri tercinta, Amy Abdul Aziz, 41.

Dari tingkat mezanin, pengarah filem itu bawa penulis ke tingkat dua yang menempatka­n beberapa kelas khas untuk kanakkanak istimewa.

Kelas itu dibahagika­n kepada beberapa pengkhusus­an tertentu mengikut keistimewa­an dimiliki setiap pelajar.

Antara yang sempat dijenguk adalah kelas terapi perbualan, terapi fisio (membabitka­n aktiviti merangsang pergerakan tubuh badan pelajar) dan kelas pendidikan.

Setiap kelas dipenuhi perabot bersesuaia­n dengan tahap keperluan pelajar. Namun begitu, elemen keselamata­n tetap dititikber­atkan.

Pada bucu tajam seperti di meja, kerusi dan almari, Ahmad Idham akan pastikan ia dilindungi dengan penampan getah bagi mengelak kejadian

 ??  ?? AHMAD Idham dan isteri, Amy Aziz di hadapan bangunan baru Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus.
AHMAD Idham dan isteri, Amy Aziz di hadapan bangunan baru Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia