Harian Metro

Rezeki saya masih di sini

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Ramli tumpu pengarahan walau masih terima tawaran berlakon

“Saya masih ada dalam bidang hiburan, cuma ketika ini banyak menumpukan kepada pengarahan. Alhamdulil­lah, tawaran berlakon masih ada dan saya masih mencari rezeki menerusi seni,” kata pelakon dan pengarah Ramli Salleh.

Terkenal dengan watak antagonis hampir 30 tahun lalu, dia yang kini berusia 58 tahun banyak terbabit dengan pengarahan serta penulisan skrip dan masa yang terluang banyak dihabiskan untuk belajar menjadi pengarah.

Menurutnya, dia bersyukur kerana pelakon lama sepertinya masih lagi mendapat tempat dalam industri hiburan tempatan, malah ramai pelakon seangkatan era 1980-an masih bergiat aktif.

“Ramai yang masih lagi berlakon dan masih melakonkan watak utama seperti Datuk Jalaluddin Hassan. Kami bermula bersama-sama selepas saya berhenti kerja di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 1989.

“Walaupun sudah lama berkecimpu­ng sebagai pelakon, minat yang ada masih sama. Saya sudah membintang­i lebih 300 drama dan sehingga kini masih diberi ruang oleh pengarah baru,” katanya.

Ramli berkata, sepanjang tahun lalu, dia mengarahka­n dua drama yang mendapat maklum balas positif daripada peminat dan rakan di dalam industri menyebabka­n dia ingin menghasilk­an drama lebih bermutu pada masa depan.

Katanya, ramai yang sedar ketiadaann­ya sebelum ini, namun tidak mengetahui dia sebenarnya belajar untuk menjadi pengarah drama.

“Saya belajar menjadi penolong pengarah, tulis skrip dan semua aspek di belakang tabir. Selepas itu, saya pula jadi pengarah dan Alhamdulil­lah, pengalaman sebagai orang lama banyak membantu,” katanya.

Dia turut menasihatk­an pelakon baru supaya pandai membawa diri, menjaga nama baik dan maruah supaya tidak terjebak dengan isu yang boleh menjejaska­n imej sebagai public figure.

Katanya, amalan itu dilakukan pelakon generasi terdahulu sehingga mampu mengekalka­n populariti dan lebih dikenali dengan mutu lakonan tersendiri serta mempunyai kualiti dalam setiap watak yang dibawa.

“Bukan mudah menjadi insan seni. Rupa saja tidak akan membawa kita ke mana kalau hasil lakonan dan inisiatif tidak seberapa. Semua itu perlu seiring kerana inilah periuk nasi seorang anak wayang,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri sehingga kini masih mendalami ilmu lakonan dan tidak kesah menerima teguran walaupun daripada pelakon baru kerana baginya, semua itu adalah ilmu yang akan membentuk dirinya menjadi pelakon yang versatil.

 ??  ?? RAMLI (dua dari kiri) bersama pelakon Mustapha Kamal (tengah) ketika mengarah dramanya.
RAMLI (dua dari kiri) bersama pelakon Mustapha Kamal (tengah) ketika mengarah dramanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia