Harian Metro

Semua anak ada potensi

-

Assalamual­aikum dan salam sejahtera semua. Semoga semua pembaca kolum Muahciked sihat hendaknya.

Sebenarnya banyak perkara atau isu yang Adik nak bangkitkan minggu ini, tetapi kita simpan dulu. Minggu ini topik mengenai OKU atau Orang Kelainan Upaya? Kenapa OKU? Bacalah sampai habis. Hehe.

Jika diberi pilihan, tiada seorang pun ibu bapa ingin melihat anak yang dilahirkan dan disayangi tidak sempurna, namun ketentuan takdir tiada siapa yang dapat menghalang­nya.

Ibu bapa harus reda dengan keadaan fizikal dan mental anak OKU.

Kehadiran anak OKU adalah satu cabaran bagi ibu bapa dan keluarga. Anak yang dianggap penyeri dan membawa suasana kegembiraa­n bertukar sebaliknya.

Namun, itu hanya gambaran kerana Adik percaya ramai ibu bapa terbabit masih mampu bahagia, tersenyum dan gembira kerana hari-hari mereka diwarnai dengan kehadiran anak istimewa itu.

Kehidupan keluarga mempunyai anak atau ahli keluarga terdiri OKU sedikit sebanyak melalui perbezaan dari segi suasana dan rintangan.

Sudah pasti tanggungja­wab menjaga anak OKU lebih mencabar dan memerlukan perhatian lebih, kos dan macammacam lagi.

Biarpun cacat, anak tetap memerlukan kasih sayang sama daripada ibu bapa. Kecacatan tidak menjatuhka­n taraf kemanusiaa­n terhadap individu berkenaan. Jangan membeza-bezakan kasih sayang antara anak normal dan istimewa kerana ini akan memberi kesan kepada anak-anak itu sendiri.

Justeru ibu bapa yang mempunyai anak OKU tetap perlu menjalanka­n tugas rutin yang sepatutnya terhadap anak. Anak perlu diberi kasih sayang, didikan akhlak dan pendidikan akademik serta agama mengikut kemampuan masing-masing.

Anak mengalami kecacatan penglihata­n, pertuturan dan pendengara­n mempunyai potensi untuk berjaya seperti anak normal jika diberi latihan dan pendidikan khas.

Mereka juga mempunyai kemampuan mental dan perasaan seperti anak normal, malah ada yang lebih bijak daripada yang normal.

Sebagai ibu bapa, jangan sesekali kita menyisihka­n anak syurga ini kerana dengan adanya ibu bapa serta keluarga yang memahami, anak-anak ini ibarat mendapat sinar harapan dalam menempuh kehidupan lebih bermakna.

Bagi Adik, ini hanya ujian kecil kepada ibu bapa dan keluarga. Percayalah seluruh manusia dalam dunia ini ada bahagian ujiannya.

Bahkan, Rasulullah

SAW jauh lebih hebat diberi dugaan walaupun baginda dijanjikan syurga.

Bercerita mengenai

OKU, sebenarnya Adik kini menyelami dunia mereka. Adik juga menjalani sesi latihan bertutur dalam bahasa isyarat.

Kenapa? Ini kerana adik akan menjalani pengambara­n telefilem berjudul Aku Nazmi dan watak dibawa Adik ialah seorang wanita yang pekak dan bisu.

Pada awalnya memang rasa nak putus asa belajar

 ??  ??
 ??  ?? MERAIKAN majlis pertunanga­n adik
minggu lalu.
MERAIKAN majlis pertunanga­n adik minggu lalu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia