Harian Metro

Blazer pelengkap gaya

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Menghadiri acara separa formal namun dalam waktu sama memerlukan selebriti kelihatan bergaya dan ranggi membuatkan kebanyakan penyanyi yang bakal bersaing di anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) pada 11 Februari ini selesa memilih jaket dan blazer sebagai pelengkap gaya.

Jarang sekali jaket

‘wind breaker’ digunakan untuk digayakan di majlis keramaian. Ini kerana sifatnya yang selalu digunakan untuk aktiviti luar.

Bagaimanap­un Hael Husaini dan Altimate menggayaka­nnya sewaktu menghadiri majlis sidang akhbar sempena AJL32 baru-baru ini.

Jika pandai menyuai padan, ‘wind breaker’ boleh nampak eksklusif dan mahal apabila di gayakan bersama kemeja.

Jean menjadi pelengkap gaya ranggi. Kaca mata hitam menjadi aksesori penambah gaya.

Jaket kulit adalah pilihan ramai apabila mahu tampil kemas dan tampak ranggi.

Haqiem Rusly yang hadir dengan menyarungk­an jaket kulit ditubuh, membuatkan dia nampak sedikit dewasa dan keluar daripada imej keanakanak­an.

Kasut sukan dan kaca mata hitam adalah aksesori pilihan penyanyi yang cukup popular dengan lagu Tergantung Sepi bagi melengkapi gayanya pada hari itu.

Dua lagi penyanyi popular iaitu Khai

Bahar dan Hazama pula memilih blazer rona terang sebagai titik tumpu.

Jean dan kasut potongan ala boot Kickers membuatkan penampilan mereka tetap ranggi walaupun berpakaian kemas.

 ??  ?? KHAI BAHAR
KHAI BAHAR
 ??  ?? ALTIMET
ALTIMET
 ??  ?? HAQIEM RUSLI
HAQIEM RUSLI
 ??  ?? HAZAMA
HAZAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia