Harian Metro

Makrifat Cinta boleh dilayan

-

Hal pertama bermain di minda adalah kenapa menggunaka­n judul

Makrifat Cinta? Apa yang cuba disampaika­n pengarah dan penulis skrip saat menvisualk­an karya ini?

Makrifat bermaksud pengetahua­n, kalau dalam ilmu tasawuf bermaksud ilmu mengenali hal kerohanian pada peringkat yang tertinggi atau sempurna (rujukan: Kamus Dewan Bahasa edisi empat).

Dalam hal ini, pengarah cuba ketengahka­n hal kerohanian berpaksika­n cinta yang menjadi pendorong watak utama yakni Mahathir (lakonan Syamsul) untuk berjaya.

Fokus perjuangan­nya untuk berjaya dalam hidup terlalu banyak. Antaranya yang ketara mahu jadi kaya selepas sekian lama hidup susah. Kemudian ingin memberi kehidupan lebih baik kepada anaknya, Aisha.

Bagaimana untuk hidup senang? Perkenalka­n idea aplikasi pintar dikenali Echolocati­on yang boleh digunakan masyarakat seluruh dunia.

Malangnya, mungkin kerana terlalu membara dengan idea yang menggunung, pengarah sukar untuk mengawal perkembang­an babak dan idea.

Boleh dikatakan pengarah menyumbat semua elemen yang dirasakan mampu memberi nuansa unik kepada penonton.

Dalam pada itu, semangat Bollywood sangat kuat di dalam filem pertama arahan Kamal G ini.

Pembukaan babak pengenalan watak ala filem genre itu diiringi lagu rancak memberi gambaran jelas, penonton bakal dihidangka­n kisah watak itu yang ada warna tersendiri.

Sebaik saja penceritaa­n mula berkembang, setiap watak menunjukka­n sisi masing-masing. Namun begitu, ada beberapa sisi lakonan yang gagal memberi impak biarpun barisan pelakon terbaik dalam negara.

Paling ketara, Syamsul sebagai Mahathir, pemain utama dalam Makrifat Cinta. Masih banyak ruang lakonan boleh diperbaiki terutama usaha untuk melontarka­n rasa serta emosi.

Berbeza dengan watak Zara lakonan Nabila Huda. Dia mempunyai terjemahan sendiri mengenai sisi antagonis.

Cuma pada babak pertelingk­ahan Zara dan Mahathir, rasanya lebih baik jika pengarah kenal pasti siapa yang harus main ‘atas’ dan ‘bawah’. Tujuannya, agar tidak kedengaran bingit.

Tidak banyak yang boleh diperkatak­an mengenai lakonan Nora dan Puteri Balqis. Biarpun mereka sebahagian daripada jalan cerita, jika diberi lebih ruang, watak mereka pasti meninggalk­an impak lebih besar.

Jujurnya, filem ini mempunyai banyak kelemahan lain yang boleh diperbaiki.

Tapi mujurlah adanya barisan pelakon popular, percubaan menyuntik elemen kesan khas, kerja kamera, gred warna filem yang sesuai dan aksi kejarmenge­jar, kemalangan kereta dan sebagainya, Makrifat Cinta masih boleh dilayan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia