Harian Metro

Karya ringkas, hambar

-

Berdurasi 83 minit, Guardians of the Tomb adalah karya ringkas dengan aksi acuh tak acuh sahaja.

Hanya selepas lebih 10 minit tontonan yang dipenuhi dengan babak ‘flashback’ dan pendedahan latar cerita, barulah misi sebenar filem ditonjolka­n.

Namun begitu, karakterny­a serta kepentinga­n setiap babak kelihatan sangat hambar.

Contoh paling mudah, watak Li Bingbing sebagai Jia, pakar haiwan beracun dari Australia. Dia tidak diberikan sifat yang mempunyai daya tahan selain daripada kelebihan mengetahui maklumat asas mengenai labah-labah.

Disebabkan itu, Li Bingbing yang berbakat, berkarisma dan cantik menjadi sekadar watak utama yang mudah dilupakan.

Situasi itu juga tidak membantu meyakinkan penonton terhadap lakonan Li Bingbing kerana aktres itu tidak fasih berbahasa Inggeris.

Hanya ada satu momen emosi yang berjaya menonjolka­n kehebatan aktres itu. Mungkin bersandark­an bakat itulah yang membuatkan dia ambil keputusan untuk mencuba nasib ke Hollywood dan menerima watak biasabiasa sahaja.

Pegangan emosinya ketika babak cuba menyelamat­kan adik lelakinya hampir tidak nampak biarpun cuba disokong dengan ‘flashback’ zaman kanakkanak mereka.

Karakter lain juga tidaklah sehebat mana, seperti Kellan Lutz, anggota paramedik yang kacak. Dia diberi latar emosi yang terkesan akibat kematian rakannya ketika gempa bumi dan sesekali tekanan tidak seberapa dengan karakter Li.

Keserasian mereka berdua agak janggal dan tampak terlalu berusaha. Shane Jacobson pula dianggap penyelamat melalui dialognya yang komikal.

Apa yang dapat disimpulka­n, hanya Kelsey Grammer yang bijak mengemudi wataknya. Dia tahu mengambil peluang untuk memastikan lakonannya penuh dramatik.

Aspek teknikal pula, kubur bawah tanah agak klise kerana set seperti itu sudah beratus kali dipertonto­nkan dalam kebanyakan filem genre sama, sebelum ini.

Kesan khas imej janaan komputer (CGI) labah-labah disunting dengan baik dan memiliki sisi seram yang konsisten.

Begitu juga babak labahlabah menyerang, ada yang kelihatan asli (terutama pada babak labah-labah berada di dalam gelembung air) dan ada juga agak menghiburk­an.

Apa boleh dikatakan mengenai filem ini adalah ia tidaklah sehebat filem genre aksi pengembara­an ala Tomb Raider mahu pun Indiana Jones.

Usaha cuba dilakukan produksi boleh diibaratka­n seperti tidak mengukur baju di badan sendiri. Mungkin produser baru yang ingin mencapai taraf gred A Hollywood perlu sedar diri dan ruang sebelum cuba memberi harapan palsu kepada penonton.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia