Harian Metro

Balasan bapa panas baran

-

Kadang-kadang masalah keganasan dan sifat panas baran seorang lelaki berkait rapat dengan kisah lalu.

Tidak dinafikan, ada individu yang menjadi mangsa dera ketika masih kecil membesar dengan sikap negatif. Ia adalah realiti yang berlaku dalam masyarakat.

Menerusi telefilem berjudul Rantai, ia memaparkan seorang bapa yang sangat garang dan panas baran.

Sukar menjalani kehidupan dalam masyarakat di kampungnya, dia juga sering memukul isteri dan anaknya.

Telefilem ini menampilka­n pelakon berpengala­man seperti Eman Manan, Eja, Izara Aisyah, Rahim Jailani, Namron dan Izzue Islam.

Telefilem arahan Bade Haji Azmi ini mengisi slot Citra di TV 2 (102) pada 9 Februari ini jam 10 malam.

Ia menceritak­an Zaleha yang terpaksa menanggung penderitaa­n akibat penderaan mental dan fizikal ekoran sikap panas baran Hussin.

Hussin sentiasa kesempitan wang akibat sikapnya yang suka berfoya-foya dan berjudi.

Zaleha turut menanggung malu dengan kegiatan Hussin yang menyeludup rokok dari seberang. Bagaimanap­un, Zaleha terpaksa bersabar kerana Hussin mengugut untuk menghalau dia dan anaknya, Ain yang masih menuntut di universiti.

Walaupun Zaleha akur dengan segala tindakan Hussin, berlainan pula dengan Ain. Dia tidak sampai hati melihat ibunya berterusan menjadi mangsa Hussin.

Setiap kali pulang bercuti, Ain akan cuba menyedarka­n Hussin mengenai perbuatann­ya.

Perkara itu menyebabka­n pertengkar­an antara Ain dan bapanya. Ain turut mendesak Zaleha untuk meninggalk­an rumah dan menetap bersamanya di bandar. Namun,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia