Harian Metro

Tak jemu selam di pulau

-

4. Pengalaman menarik sepanjang berada di Malaysia?

Sudah tentu menyelam. Saya belajar menyelam di sini dan tidak pernah jemu dengan perairan Malaysia. Saya juga sukakan perayaan, melihat perarakan dan sambutan lain seperti Hari Kebangsaan dan Thaipusam.

Tambah lagi, perayaan Amerika Latin juga disambut di Kuala Lumpur setiap Mei dan ini membuatkan saya lebih seronok meraikanny­a.

5. Destinasi kegemaran anda?

Oleh kerana saya suka menyelam, jadi saya gemar ke pulau seperti Perhentian, Redang, Tioman, Pangkor, Langkawi, Mabul dan Sipadan. Semua pulau sangat cantik dengan keindahan alam semula jadinya.

6. Sajian tempatan pilihan anda?

Banyak sekali seperti sate, nasi goreng, ayam percik, ikan bakar, char kuetiau dan roti canai. Tetapi, saya paling gemar laksa dan serba tidak kena jika tidak menikmatin­ya.

7. Malaysia pada mata

anda?

Negara ini mempunyai rakyat yang sangat peramah dan mudah tersenyum. Mereka juga mempunyai minat tinggi terhadap kebudayaan Venezuela. Saya dapati nilai keluarga di sini juga serupa dengan negara kami.

Bagi saya sangat mudah menjalin hubungan baik dengan rakan baru dari peringkat awal lagi dan saya serta suami juga sangat bertuah mempunyai rakan dalam kalangan rakyat Malaysia dan mampu menjaga hubungan baik ini walaupun 10 tahun akan datang.

 ??  ?? MINA Perez bekerja sebagai diplomat di Kedutaan Venezuela.
MINA Perez bekerja sebagai diplomat di Kedutaan Venezuela.
 ??  ?? MINA (empat dari kanan) ketika dalam pameran
mengenai budaya negaranya di ibu negara.
MINA (empat dari kanan) ketika dalam pameran mengenai budaya negaranya di ibu negara.
 ??  ?? MINA (kiri) mencuba baju kurung ketika sambutan hari raya bersama rakan sekerja.
MINA (kiri) mencuba baju kurung ketika sambutan hari raya bersama rakan sekerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia