Harian Metro

3 beranak minat motosikal

-

yang sangat menarik serta bermakna bersama rakan.

Bapa dua cahaya mata itu mengakui minat dalam aktiviti bermotosik­al didorong oleh ayahnya, Md Arof Yunus, 78, yang juga gemar menunggang dan mengumpul motosikal ketika muda dulu.

“Antara motosikal pernah saya miliki Suzuki GP, Suzuki TRX, Yamaha RXS, Yamaha RS100 dan Kawasaki AR125.

“Saya kerap menukar model motosikal kerana setiap jentera memberi pengalaman pengendali­an berbeza.

“Sekarang saya mengumpul kira-kira 10 motosikal yang kebanyakan­nya jentera keluaran lama seperti Yamaha RD250 dan Yamaha RS.

“Selepas berkahwin, saya masih meneruskan aktiviti menunggang motosikal bersama isteri, Rafeah Mohamed Sapari, 49, sehingga kami dikurniaka­n dua anak,” katanya.

Menurutnya, aktiviti bermotosik­al sudah sebati dengan jiwanya dan tidak menganggap ia sekadar hobi biasa.

Katanya, disebabkan terlalu obses terhadap aktiviti bermotosik­al, hampir setiap minggu atau masa terluang, dia menunggang motosikal bersama isteri dan anak.

Muhammad Haiqal, 27, menyertai ibu bapanya menunggang motosikal kira-kira enam tahun lalu selepas sering mengikut mereka ke acara anjuran kelab permotoran termasuk berkonvoi.

“Banyak kali kami mengikuti program motosikal antaranya konvoi anjuran kelab tertentu dan menghadiri perhimpuna­n motosikal di seluruh negara.

“Malah, kami turut menunggang motosikal ke beberapa lokasi di Thailand yang memang terkenal dengan tempat yang menjadi tumpuan penunggang motosikal untuk berkonvoi,” katanya.

Rafeah yang juga bekas pesakit kanser payudara berkata, hobi yang dikongsi sekeluarga dapat membantu mengeratka­n hubungan kekeluarga­an melalui aktiviti yang dijalankan bersama pada masa lapang dan hujung minggu.

“Selalunya saya membonceng motosikal bersama suami, tetapi ada masa juga saya menunggang berasingan.

“Ini dapat menghilang­kan tekanan, selain merehatkan minda terutama selepas menjalani pembedahan kanser payudara dua tahun lalu.

“Saya bersyukur kerana penyakit ini dapat dikesan pada peringkat awal dan segera menjalani pembedahan. Namun, bagi mengelak kanser berulang ia banyak bergantung kepada kekuatan dalaman pesakit. Oleh itu, saya perlu sentiasa berfikiran positif dan jauhi tekanan,” katanya.

 ??  ?? HOESNI dan Rafeah menjadikan aktiviti bermotosik­al untuk erat hubungan.
HOESNI dan Rafeah menjadikan aktiviti bermotosik­al untuk erat hubungan.
 ??  ?? ACARA motosikal yang dihadiri tiga beranak di Thailand.
ACARA motosikal yang dihadiri tiga beranak di Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia