Harian Metro

Terpesona Awan Nano

- Nordin Mokhtar am@hmetro.com.my

Kembara motosikal KL-Betong saji pelbagai keindahan alam semula jadi

“Bila terkenang masa lalu rasa terharu, segalanya masih kekal dalam kenangan.”

Bertemu semula selepas beberapa tahun terpisah dan bersembang mengenang kenakalanz­amanremaja membuatkan kami mengambil kata sepakat untuk mengimbau kembali zaman permotoran pada awal 1980-an dengan mengembara ke Port Dickson, Negeri Sembilan, beberapa bulan lalu.

Rupanya konvoi pertama itu membuatkan kami ketagih dan kali ini semua sepakat meneruskan minat dengan mengadakan ekspedisi Kuala LumpurBeto­ng, di Thailand.

Hujan malam yang berterusan dan tidak menentu mengiringi perjalanan kami. Jam 10 malam berkumpul di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Rawang, Selangor. Pelepasan peserta dilakukan secara berperingk­at mengikut kategori motosikal. Bagi motosikal 150cc ke bawah, mereka memulakan perjalanan pada jam 11 malam, diikuti motosikal 250cc ke atas pula jam 12 tengah malam, diiringi sebuah van dan dua pacuan empat roda.

Keseluruha­n 22 motosikal berkumpul semula di stesen minyak selepas tol di Kuala Kangsar, Perak.

Pada jam 4 pagi perjalanan diteruskan menuju ke pekan Gerik untuk berhenti minum seketika, namun hujan lebat masih membasahi bumi. Lebih kurang jam 6.30 pagi kami tiba di Pengkalan Hulu untuk menunaikan solat Subuh dan mengisi minyak motosikal sebelum memasuki sempadan Thailand.

Tatkala kumpulan kami tiba di imigresen di pintu masuk ke Betong pada jam 7.30 pagi, wakil dari sekolah Tahfiz Salam Darul Quran, Kampung Salam sudah sedia menanti.

Sebenarnya perjalanan kami bukan sekadar untuk berseronok atau melepaskan rindu berkonvoi sematamata tapi mahu menjadi pengembara masyarakat yang cuba memberikan khidmat walaupun secara kecil-kecilan.

Dalam pertemuan itu, kami menyerahka­n barangan sumbangan seperti kasut, baju, alQuran, sejadah dan kutipan derma kilat dalam kalangan rombongan dari Kelab

Medan Tuanku, Kuala Lumpur yang diketuai Solan dan Badrulhish­am kepada pihak masjid di Kampung Malar.

Selesai majlis penyerahan kami menuju ke Hotel Garden House untuk berehat. Aktiviti santai kumpulan diteruskan dengan menyewa skuter dengan bayaran RM30 sehari. Ya, kami menyewa skuter supaya motosikal yang diperah tenaganya dari Kuala Lumpur boleh ‘berehat’ sebelum dikerah kembali untuk perjalanan seterusnya.

Puas meronda melihat pemandanga­n pekan Betong, kami menuju ke restoran atas bukit milik anak jati Malaysia yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Din

yang tinggal di Shah Alam.

POKOK 1,000 TAHUN

Hari kedua, selepas solat Subuh, semua bersedia untuk menuju ke Bukit Awan, yang turut dikenali sebagai Awan Nano atau I-yerweng.

Memang cantik kerana itu kali pertama penulis dan sebahagian rakan menyaksika­n panorama lapisan awan pertama. Lebih seronok, dalam cuaca pagi yang sejuk, kami disajikan dengan sup panas segar di lereng bukit sambil melihat awan nano.

Lokasi seterusnya terletak 70 kilometer dari situ, untuk melawat empangan terbesar di sini yang dikatakan keluasanny­a hingga ke Sungai Siput.

Dalam perjalanan balik

 ??  ?? KENANGAN manis bermotosik­al ke Betong. SUASANA
malam di Betong. PEMANDANGA­N pagi Awan Nano yang menyegarka­n.
KENANGAN manis bermotosik­al ke Betong. SUASANA malam di Betong. PEMANDANGA­N pagi Awan Nano yang menyegarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia