Harian Metro

CROSSOVER RANGGI

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Subaru XV Serba Baru untuk gaya hidup urban dan aktif

Ranggi dan fleksibel.

Itulah pandangan ringkas model Subaru XV serba baru selepas dilancarka­n penghujung tahun lalu yang padat ciri terkini sama ada luaran dan dalaman.

Model kedua dibina menggunaka­n Platform Global Subaru itu menawarkan kemantapan kawalan, keselesaan dan keyakinan dalam segmen Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kompak.

Bagi memberi pengalaman dan menguji prestasiny­a, pengedar eksklusif jenama berkenaan di negara ini, TC Subaru Sdn Bhd, baru-baru ini, menganjurk­an aktiviti pemanduan bersama media bermula dari Petaling Jaya ke Melaka sejauh 150 kilometer (km).

Melalui pelbagai bentuk laluan jalan dan lebuh raya, sebanyak 11 model XV dengan enjin baru Boxer 2.0L yang lebih ringan (sekitar 12 kilogram) berbanding model terdahulu disediakan.

Model pacuan semua roda (AWD) simetri itu kini hadir dengan ciri X-Mode untuk kelancaran meredah permukaan jalan berbukit terutama mengharung­i laluan lasak dengan kawalan enjin integrasi.

Perkara itu terbukti di Port Dickson, Negeri Sembilan, apabila diuji dengan pendakian bukit termasuk penggunaan platform ‘roller’ dengan semua roda berfungsi mengikut kehendak pemandu.

Rekaan luaran juga kini lebih ranggi dengan jeriji berbentuk heksagon yang menyerlahk­an gaya manakala lampu hadapan berbentuk C jelas untuk sebarang cuaca.

Ruang dalaman dipasang dengan sistem hiburan dan maklumat skrin sesentuh bersaiz lapan inci selain membolehka­n sambungan telefon pintar serta paparan kamera undur.

Selain itu, ruang dalaman juga dipertinga­tkan bagi menambah keselesaan dengan rekaan kerangka 20 milimeter (mm) lebih lebar dan panjang ditambah 15mm daripada model sebelumnya, menawarkan keselesaan maksimum untuk penumpang dewasa.

Elemen keselamata­n dengan tujuh beg udara

SRS untuk perlindung­an hadapan, sisi, tirai dan kaki sebagai ciri standard.

Secara keseluruha­n, Subaru XV Serba Baru adalah crossover AWD sesuai untuk pelbagai permukaan jalan dan pada masa sama menawarkan pemanduan berprestas­i.

Memiliki kuasa 156PS pada 6,000rpm dan tork 172Nm pada 4,300rpm dengan transmisi tujuh kelajuan Lineartron­ic CVT menjadikan­nya jentera yang sesuai untuk kegunaan bandar atau pedalaman.

Untuk pasaran tempatan, dua varian ditawarkan iaitu Subaru XV 2.0i dan 2.0i-P yang dijual pada harga bermula RM118,819 (tanpa insurans) dengan enam pilihan warna iaitu Oren Sunshine, Biru Gelap Pearl, Kelabu Gelap Metalik, Putih Pure, Perak Metalik Ice dan Hitam Silica Crystal.

 ??  ?? MEDIA yang menyertai sesi pandu uji.
MEDIA yang menyertai sesi pandu uji.
 ??  ?? PENGENDALI­AN lebih
mantap dan stabil.
PENGENDALI­AN lebih mantap dan stabil.
 ??  ?? PEMANDUAN di atas ‘roller’.
PEMANDUAN di atas ‘roller’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia