Harian Metro

KUASA UNTUK SEMUA JENTERA

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

Petron Blaze 100 tingkat prestasi maksimum motosikal berkuasa tinggi

Perjalanan sejauh

350 kilometer (km) menggunaka­n jentera dua roda bukan satu pengalaman yang indah, tambahan pula terpaksa mengharung­i cuaca yang tidak menentu.

Namun, pelawaan Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd (Petron) untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi ke Batu Feringgi, Pulau Pinang bertujuan menguji keberkesan­an Petron Blaze 100, terasa berat untuk ditolak.

Pertama, ramai yang meragui keupayaan petrol kelas premium RON 100 yang ditawarkan Petron untuk pemilik kenderaan di negara ini, terutama penunggang motosikal.

Untuk pengetahua­n, Petron adalah satu-satunya syarikat minyak yang menawarkan produk petrol premium ini dan sudah pasti menjanjika­n hasil terbaik terhadap enjin.

Kedua, oleh kerana petrol itu diuji pada jentera dua roda berbanding kebiasaann­ya empat roda, penulis berjaya mendapatka­n motosikal sesuai untuk ‘tugasan’ kali ini apabila Moto Varese Asiatic Sdn Bhd menawarkan model premium mereka, MV Agusta Brutale 800.

Jika anda seorang ‘kaki motor’, MV Agusta adalah jenama motosikal yang berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Jika jentera empat roda, ia diibaratka­n jenama mewah seperti Ferrari atau Lamborghin­i.

Berbalik kepada tugasan tadi, seramai 15 wakil media tempatan dengan pelbagai jenama dan kategori motosikal berkuasa tinggi menyertai konvoi kali ini.

Bermula di stesen Petron Selayang berhadapan Metropolit­an KL di Lingkaran Tengah Dua (MRR2), semua motosikal peserta diisi dengan

Petron Blaze 100 sebelum dilepaskan Pengurus Pemasaran Petron, Danny Chen.

Perjalanan bermula dengan melalui Lebuh

Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) sebelum memasuki susur keluar ke Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Pulau Pinang.

Sepanjang perjalanan, motosikal terasa ringan dan operasi enjin juga lancar serta mudah memecut apabila pendikit minyak dipulas secara agresif.

Terdahulu, MV Agusta Brutale dikuasakan enjin 798cc tiga silinder sebaris EFI dengan tunggangan elektronik ‘ride by wire’.

Enjin berkenaan membekalka­n 109 kuasa kuda (hp) pada 7,600rpm dengan tork maksimum

 ??  ?? DERETAN motosikal berkuasa tinggi selepas tiba di Taiping.
DERETAN motosikal berkuasa tinggi selepas tiba di Taiping.
 ??  ?? PENGAWAL lalu lintas atau marshal yang mengiringi konvoi media k
PENGAWAL lalu lintas atau marshal yang mengiringi konvoi media k
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA motosikal berkuasa tinggi yang menyertai konvoi.
ANTARA motosikal berkuasa tinggi yang menyertai konvoi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia