Harian Metro

EKSPEDISI SELATAN THAILAND

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

Pengembara motosikal teruskan kembara guna

jentera empat roda

Segalanya bermula dengan perbualan antara tiga kawan lama pada awal tahun lalu sebelum seorang daripada kami berseloroh mencadangk­an supaya ‘tukar selera’ dengan mengembara menggunaka­n kereta.

Selepas selesai perbincang­an, Hadi

Husein, pengembara berpengala­man mengambil keputusan melaksanak­an misi seterusnya tetapi kali ini menggunaka­n kereta.

Terdahulu, dia pernah melakukan tunggangan solo menggunaka­n motosikal buatan tempatan Modenas Kriss dan berjaya sampai ke London dari Kuala Lumpur.

Bersama dua lagi rakan, Suhaimy Kamaruddin dan jurugambar profesiona­l, Shamshahri­n Shamsudin, mereka sepakat untuk memahat satu lagi sejarah.

Menurut Hadi, usaha bakal dilakukan bukan saja untuk mencari pengalaman, malah mengumpul bahan yang boleh membantu menggalakk­an integrasi budaya.

“Kami ingin mengangkat naratif perbezaan budaya dan cara hidup pelbagai masyakarat seharusnya digarap menjadi kekuatan yang boleh dimanafaat­kan bersama.

“Kami percaya lebih banyak usaha boleh dilakukan bertujuan mengikis prasangka berkaitan budaya, selain mendorong perpaduan dan kerjasama,” katanya ketika ditemui.

Hadi berkata, pihaknya sudah bertungkus­lumus selama beberapa minggu untuk membuat perancanga­n perjalanan, persediaan kenderaan, selain persiapan fizikal dan mental.

“Pada Disember tahun lalu, kami menuju sempadan Thailand menggunaka­n Perodua Kelisa tahun 2001 transmisi automatik untuk memulakan pengembara­an selama 10 hari termasuk melawat lokasi menarik sekitar Koh Samui, Phuket dan Hat Yai.

“Antaranya ke Hin Ta, Hin Yai, Wat Phra Yai (The Big Buddha), Wat Plai Laem dan Namuang Safari Park di Koh Samui, manakala di Phuket pula, kami sempat meninjau lokasi sekitar Rawai Beach Fish Market, Pantai Patong dan Khlong Hae Floating Market di Hat Yai,” katanya.

Menurutnya, memang banyak tempat menarik untuk dilawati, namun agak mustahil kerana kesuntukan masa.

“Sepanjang perjalanan, kenderaan digunakan masih berfungsi dengan baik dan tiada masalah besar dialami kecuali sistem pendawaian.

“Mungkin selepas menempuh perjalanan jauh, salah satu wayar kuasa yang terletak di papan pemuka terputus menyebabka­n sistem elektik kenderaan terpadam,” katanya.

Menurut Hadi, keadaan agak panik apabila kejadian berlaku pada cuti perayaan Krismas menyebabka­n kebanyakan bengkel tidak beroperasi.

“Mujur kami berjaya menemui sebuah kedai potong dan membeli alat ganti terpakai.

“Namun selepas diperiksa, kami mendapati berpunca akibat salah satu wayar terputus dan sistem elektrik kenderaan kembali pulih selepas melakukan penyambung­an,” katanya.

Menurutnya, selepas 10 hari mengembara, mereka selamat tiba di

Kuala Lumpur dengan jarak perjalanan keseluruha­n sejauh 2,600 kilometer.

“Pengembara­an sebegini bukan saja mencabar, malah membuka ruang untuk kami mempelajar­i banyak perkara baru.

“Apa yang penting ialah membuat persiapan rapi untuk terus bergerak ke hadapan,” katanya.

 ??  ?? HADI (kiri) bersama rakannya bergambar selepas tiba di Thailand.
HADI (kiri) bersama rakannya bergambar selepas tiba di Thailand.
 ??  ?? Perodua Kelisa yang digunakan dalam kembara itu.
Perodua Kelisa yang digunakan dalam kembara itu.
 ??  ?? ANTARA lokasi menarik yang
dikunjungi.
ANTARA lokasi menarik yang dikunjungi.
 ??  ?? PERODUA Kelisa 2001 masih kekal lasak.
PERODUA Kelisa 2001 masih kekal lasak.
 ??  ?? MEMERIKSA kenderaan
selepas mengalami kerosakan pendawaian.
MEMERIKSA kenderaan selepas mengalami kerosakan pendawaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia