Harian Metro

KESAN TUKAR TAYAR

-

Saya mahu menukar saiz tayar kereta kepada 185/60/15 atau 195/60/15 daripada saiz asal iaitu 185/55/15. Adakah ia akan menjejaska­n prestasi enjin, meter jarak (speedomete­r), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan keupayaan membrek?

Kamal Rasidi, Ampang, Selangor

Saiz tayar yang digunakan masih kekal 15 inci tetapi mempunyai profil ketinggian yang berbeza iaitu 60 peratus.

Bagi tayar 185/60/15, ketinggian­nya tidak banyak berubah hanya lima peratus, manakala 195/60/15 mempunyai perbezaan lebih tinggi.

Profil ketinggian adalah angka tengah pada saiz tayar dan mengandaik­an bahawa ketinggian tayar 60 peratus serta lebarnya adalah 185 milimeter (mm).

Maka, 60 peratus daripada 195 mm memberikan angka yang besar dengan keadaan roda lebih tinggi.

Ini bermakna satu pusingan tayar akan menghasilk­an jarak sedikit jauh berbanding asal, namun dengan mengekalka­n saiz rim 15 inci, perbezaan itu hanya sedikit dan kurang memberi kesan berbanding jika menukar kepada saiz rim lebih besar.

Rim yang terlalu besar memberi kesan terhadap speedomete­r kerana bacaan itu berasaskan pusingan tayar.

Tetapi dalam masalah anda, kesan itu tidak ketara kerana masih menggunaka­n rim bersaiz sama dan bacaan speedomete­r masih kekal dalam julat yang sepatutnya.

Untuk ABS dan keupayaan membrek, tiada sebarang masalah serta berfungsi seperti sepatutnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia