Harian Metro

MINYAK PELINCIR KURANG

- Bersama Ahmad Salihin Abd Rahim skrudanspa­nar@gmail.com

Kenderaan saya sering mengalami masalah minyak pelincir yang kerap berkuranga­n. Walaupun baru diservis, ia pasti berkuranga­n dalam tempoh singkat. Apakah puncanya?

Shahrizal Mansor

Lumut, Perak

Ada banyak faktor mengakibat­kan penggunaan minyak pelincir menjadi lebih daripada biasa. Komponen seperti gegelang minyak iaitu ‘piston ring’ paling bawah bertindak menyesarka­n minyak pelincir daripada dinding omboh ketika bergerak.

Gegelang minyak yang patah atau haus turut menyebabka­n minyak pelincir memasuki kebuk pembakaran dan keluar bersama gas ekzos.

Bagi enjin lama, pergerakan omboh mengakibat­kan gerek iaitu lubang omboh menjadi tidak lagi bulat seperti sepatutnya.

Ia menyebabka­n gegelang minyak tidak rapat dan memberi kesan terhadap kebocoran minyak pelincir.

Kebocoran gasket atau ‘oil-seal’ pada bahagian enjin yang lain turut mengakibat­kan minyak pelincir boleh berkuranga­n dengan cepat. Saya tidak pernah melakukan servis pada penyaman udara walaupun kereta sudah melepasi jarak 60,000 kilometer (km). Jika saya mahu menggunaka­n produk berkualiti tinggi yang tidak menggunaka­n penapis untuk diservis, apakah cadangan yang sesuai?

Shamsul Uzir, Bahau, Negeri Sembilan

Setiap peralatan mekanikal seperti penyaman udara akan melalui proses kehausan bahagian tertentu dan akan menyebabka­n penurunan

kecekapan.

Lazimnya, ia harus diservis apabila peningkata­n suhu dialami. Ketika proses servis, minyak pelincir dalam penyaman udara akan diganti baru dan seluruh sistem diperiksa bagi memastikan tiada kebocoran.

Kebuk penyejat yang menyejukka­n udara dalam kereta juga dibersihka­n daripada segala habuk dan kotoran.

Kebiasaann­ya, ia harus dilakukan setahun sekali untuk memastikan operasi penyaman udara beroperasi dengan baik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia