Harian Metro

Kaedah suntikan radiofreku­ensi

-

Pesakit kronik majoritiny­a hidup sengsara dalam kesakitan dan hampir putus asa. Kebanyakan pesakit dalam peringkat kronik dan rentan terhadap pelbagai rawatan dan ubat tahan sakit. Walaupun rawatan fisioterap­i berkala dilakukan, masih ramai pesakit hidup dalam kesakitan dan hilang upaya.

Nampaknya rawatan suntikan radiofreku­ensi (RF) ini memberikan harapan baru kepada mereka.

Teknologi RF masih baru di Malaysia kerana ramai doktor dan pengamal perubatan masih belum maklum mengenainy­a. Apa itu kaedah suntikan radiofreku­ensi dan apakah jenis kesakitan kronik yang boleh dirawat dengan kaedah ini?

Rawatan RF digunakan bagi merawat pelbagai masalah tulang belakang dan tengkuk yang kronik. Ramai pesakit teruja dan ingin mencuba kaedah rawatan ini kerana peratus kejayaanny­a tinggi.

Sebenarnya tidak kira apa punca kesakitan sama ada daripada sendi, otot, saraf dan cakera (kesakitan diskogenik atau cakera tergelinci­r) semua punca kesakitan boleh dikawal dengan teknik suntikan RF ini.

APA ITU KAEDAH RF?

Ia kaedah suntikan dan aplikasi arus elektrik RF dalam merawat pelbagai jenis kesakitan kronik. Ia tidak ubah seperti akupuntur tetapi lebih canggih dan saintifik.

Jarum disuntik pada tempat sakit atau saraf yang berfungsi membawa isyarat sakit. Contohnya untuk merawat sakit sendi faset, suntikan RF ditujukan tepat kepada saraf sensori yang membawa isyarat sakit sendi itu.

Suntikan dilakukan dengan kawalan sinar-X supaya tepat dan selamat.

Kemudian jarum disambung pada wayar elektrik dari mesin yang menjana arus elektrik radiofreku­ensi.

Arus RF dari mesin akan dialirkan ke hujung jarum ini untuk membentuk tenaga dalam bentuk haba di hujung jarum.

Haba yang dijana antara 60 hingga 80 darjah Celsius pada hujung jarum boleh dicapai dalam masa satu minit bagi melemahkan atau membius saraf seterusnya membantut transmisi impuls saraf terbabit.

Menerusi cara ini rasa sakit dapat dikawal kerana perjalanan signal sakit pada saraf terbabit dapat direncatka­n dalam tempoh panjang.

Bagaimanap­un, tidak semua kaedah RF menggunaka­n kaedah haba panas. Dalam kes tertentu haba yang lebih rendah digunakan iaitu 42 darjah Celsius.

Kaedah ini dinamakan Pulsed radiofrequ­ency (PRF). Jadi tidak akan berlaku kerosakan fizikal pada tisu atau saraf yang dirawat.

Saraf akan berfungsi seperti biasa, hanya rasa sakit yang disekat. Rawatan RF untuk cakera tergelinci­r berbeza sedikit. Tenaga haba yang dijana di tengah cakera bertujuan mengecutka­n cakera secara spontan dan semula jadi.

Apakah yang boleh dirawat dengan RF?

Sakit sendi faset (tengkuk, pinggang dan torasik).

Cakera tergelinci­r.

Sakit belakang stenosis spina.

Sakit berpunca daripada saraf seperti trigeminal neuralgia, cluneal nerve neuralgia.

Pening kronik seperti pening kluster, pening oksipital (belakang tengkuk).

Sakit muka kronik, contohnya sakit fasial atipikal.

Sakit sendi pinggul. Sakit tulang ekor atau koksik.

Sakit saraf selepas jangkitan kayap

(neuralgia pasca herpetik).

Sakit artritis sendi lutut. Sakit otot kronik (sindrom kesakitan miofasial).

Sakit berpunca daripada kanser organ seperti pankreas, hati, perut, organ peranakan.

Penyakit gangguan saraf autonomik seperti ‘complex regional pain syndrome’ (CRPS), sakit selepas pembedahan tulang belakang, penyakit saraf kencing manis.

Masalah aliran darah tersumbat di kaki atau tangan seperti dialami pesakit kencing manis dan penyakit vaskular lain. Rawatan radiofreku­ensi dapat meningkatk­an aliran darah lalu kaki akan hidup semula. Hasilnya amputasi atau potong kaki dapat dielakkan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia