Harian Metro

Risiko bayi bantut

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Ibu bapa digesa usah ambil ringan buat ujian saringan berjadual

Sikap sambil lewa ibu bapa terhadap ujian saringan berjadual dilakukan di hospital boleh mengundang kelewatan mengesan penyakit serius pada bayi seperti hipotiroid­isme kongenital.

Menurut portal Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu myhealth.gov.my, kajian mengenai kes hipotiroid­isme di Malaysia menganggar­kan 120 kelahiran bayi mempunyai penyakit itu setiap tahun.

Bayi berpenyaki­t ini berisiko mengalami tumbesaran terbantut, lewat perkembang­an dan terencat akal kerana ketiadaan serta kekurangan hormon tiroksin dihasilkan kelenjar tiroid.

Turut berkongsi pandangan ialah Pakar Perubatan Keluarga, Dr Sakinah Sulong menerusi laman Facebook peribadiny­a mengingatk­an pentingnya ibu bapa melakukan saringan darah tali pusat bayi. Ia dikenali dengan prosedur ‘cord TSH’

(hormon perangsang tiroid) dalam kalangan pengamal perubatan.

“Inilah gunanya program saringan hipotiroid­isme kongenital yang dimulakan sejak 1998 di hospital kerajaan di seluruh negara.

“Darah tali pusat bayi diuji sebaik dilahirkan untuk mengesan masalah itu lebih awal.

“Sekiranya keputusan darah ini tidak normal, ibu bapa pesakit akan dihubungi untuk makluman agar mereka diberi rawatan secepat mungkin,” katanya.

Turut berkongsi kaedah rawatan diberikan kepada bayi dikesan awal menghadapi masalah terbabit menerusi pemberian pil tiroksin boleh menggantik­an masalah hormon tiroid yang kurang.

Tanda bayi alami masalah hipotiroid­isme kongenital

Jaundis neonatal berpanjang­an

Suara tangisan yang kasar atau garau

Sembelit

Perut yang buncit

Hernia di pusat

Kulit kering, kasar dan pucat

Lidah besar (makroglosi­a) Raut muka kasar

Tidak aktif dan banyak tidur

Terencat akal

Tumbesaran terbantut

Sumber www.myhealth.gov. my, www.doktorbuda­k.com & Facebook Dr Sakinah Sulong.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia