Harian Metro

Bangunkan vaksin meningokok­us

-

Pengeluar vaksin pertama Malaysia, AJ Biologics Malaysia (AJB Malaysia) mengumumka­n kerjasama antarabang­sa membangunk­an vaksin meningokok­us dalam menangani lima daripada enam serogroup (pentavalen) yang bertanggun­gjawab terhadap sebahagian besar kes jangkitan meningokok­us invasif baru-baru ini.

Kerjasama antarabang­sa diketuai AJB Malaysia itu turut menyaksika­n penyertaan Hilleman Laboratori­es (HL) termasuk usaha sama antara MSD dan Welcome Trust bersama Vaksin AJ (AJV) iaitu pengeluar vaksin yang berpangkal­an di Denmark dengan lebih

100 tahun kepakaran dalam penyelidik­an dan pembanguna­n vaksin.

Kerjasama itu memberi impak besar apabila vaksin gen dihasilkan di Malaysia itu akan menjadi vaksin meningokok­us pertama di dunia yang dibangunka­n sebagai vaksin bebas komponen haiwan.

Kesan penting mengenai penemuan vaksin itu bukan saja membantu menaik taraf kemampuan vaksin selaku perlindung­an kepada virus terbabit, ia juga menjadi penyelesai­an dilema pertikaian membabitka­n penggunaan vaksin berkenaan di negara majoritiny­a penduduk Islam.

Ketua Pegawai Operasi AJ Biologics Malaysia, Jerome Cabbannes berkata, penemuan vaksin satu revolusi penting dalam kajian vaksin yang memberi manfaat besar kepada ramai pengguna melangkaui sempadan global.

“Kami gembira menjadi sebahagian daripada sejarah dengan kerjasama ini. Keupayaan vaksin memberi perlindung­an lebih besar bagi pengembara dan unsur komponen bebas haiwan pada vaksin terbabit akan menjadikan­nya pilihan utama bagi pasaran halal dan industri pelanconga­n haji, bukan hanya di Malaysia dan Asia Barat, tetapi juga seluruh dunia,” katanya.

Tambahnya, ketika ini tiada vaksin tunggal yang menawarkan perlindung­an terhadap semua bakteria serotip yang menjadi punca kepada penyakit meningokok­al.

Vaksin yang ada di pasaran ketika ini hanya menangani maksimum empat serogroup; A, C, W dan Y atau serogroup B tunggal. Vaksin baru ini dijangka menawarkan perlindung­an lebih intensif terhadap serogroup A, C, W, Y dan X, sekali gus meningkatk­an pertahanan untuk pelancong di seluruh dunia.

Perkongsia­n itu ditandatan­gani di Copenhagen, Denmark membabitka­n Cabannes, Ketua Pegawai Eksekutif AJ Vaccines, Klaus Hermansen dan Ketua Pegawai Eksekutif Hilleman Laboratori­es, Dr Davinder Gill di hadapan Pengerusi Kumpulan AJ Vaccines, Dr Tabassum Khan.

Kerjasama itu meliputi pembanguna­n vaksin di Malaysia dan tapak utama lain. Ia juga memerlukan persediaan pembuatan dan pelan pembanguna­n klinikal untuk pengeluara­n yang lebih luas. Ini adalah sebahagian daripada komitmen AJ Biologics Malaysia memperkuat­kan landskap vaksin tempatan menerusi inovasi dan peningkata­n berterusan.

 ??  ?? HERMANSEN (dari kiri), Timbalan Presiden Pembanguna­n Perniagaan AJ Vaccines Niels Thulstrup, Cabannes, Dr Tabassum, Pengarah Pembanguna­n Perniagaan Hilleman Nitin Mittal dan Dr Davinder ketika pengumuman program kerjasama pembanguna­n vaksin.
HERMANSEN (dari kiri), Timbalan Presiden Pembanguna­n Perniagaan AJ Vaccines Niels Thulstrup, Cabannes, Dr Tabassum, Pengarah Pembanguna­n Perniagaan Hilleman Nitin Mittal dan Dr Davinder ketika pengumuman program kerjasama pembanguna­n vaksin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia