Harian Metro

DAKWA PENJUAL PELURU BAKAKUK

-

dan senapang angin supaya menyerahka­nnya kepada polis sebelum mereka ditahan dan dikenakan tindakan.

“Kami menyeru pemilik bakakuk supaya menyerahka­nnya kepada polis. Bagi yang menjual peluru kepada pemilik bakakuk, kita akan tarik balik lesen mereka.

“Begitu juga kedai yang diberi lesen menjual senjata api dan peluru, jika didapati menjual kepada orang tiada permit, mereka boleh didakwa dan lesen perniagaan senjata api dan peluru akan ditarik balik,” katanya ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Walaupun penggunaan bakakuk dilarang di Sabah, senjata api buatan sendiri itu masih digunakan penduduk negeri ini untuk memburu atau menjaga tanaman daripada binatang liar dan penggunaan­nya berleluasa sejak 1980-an.

Terbaru, seorang petani berusia 89 tahun maut tertembak ketika berburu di hutan di Kampung Kauran, Kemabong di Tenom pada 17 Januari lalu.

Tembakan dipercayai dilepaskan seorang lelaki yang berburu di sekitar lokasi itu menggunaka­n bakakuk.

Ramli berkata, langkah itu penting bagi memastikan penggunaan bakakuk dihentikan kerana ia amat berbahaya terutama jika dikendalik­an orang tidak mahir atau tiada kelayakan, selain digunakan untuk melakukan jenayah.

“Daripada tangkapan yang dibuat, kita dapati mereka ada kemahiran membuat senjata api ini. Kalau kita lihat, industri ini (membuat senjata api) juga banyak di Filipina, di kampung-kampung dan di Sabah juga ada.

“Selain bakakuk, ada juga ginsuk iaitu senjata api yang menggunaka­n pelet timah sebagai peluru yang dimampatka­n bersama belerang bagi meletupkan­nya dan ia boleh mencederak­an. Satu lagi ialah senapang angin, ini juga boleh menyebabka­n kecederaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ramli berkata, pihaknya tidak bercadang melaksanak­an semula Op Semak yang pernah dilancarka­n pada 1996 bagi mengesan senjata api tidak berlesen di negeri ini.

Katanya, ketika itu Op Semak dibuat berikutan kes seorang individu yang dipercayai pedagang senjata api dari Sabah ditahan di Taiwan.

 ??  ?? MEMILIKI senjata buatan sendiri adalah salah disisi undang-undang.
RAMLI
MEMILIKI senjata buatan sendiri adalah salah disisi undang-undang. RAMLI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia