Harian Metro

Kontraktor dibebaskan

-

Siasatan kes rasuah JKNS

Kota Kinabalu: Kontraktor berumur 60 tahun yang direman sejak 28 Januari lalu bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyalahgu­naan kuasa Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), dibebaskan semalam.

Suspek dibebaskan di lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan, di sini, di depan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Stephanie turut memerintah­kan suspek membayar wang jaminan RM50,000 kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan dua penjamin tempatan dan melapor diri di pejabat agensi itu setiap bulan.

Sebelum ini, SPRM merampas wang tunai RM1.6 juta selepas menggeleda­h rumah suspek terbabit berhubung siasatan kes berkenaan.

SPRM diwakili Pegawai Pendakwa Mohd Faliq Basirudin, manakala peguam Batholomew Jinggulam mewakili kontraktor terbabit.

Kontraktor terbabit antara tujuh individu disiasat berhubung kes rasuah dan penyalahgu­naan kuasa JKNS membabitka­n projek dilaksanak­an antara 2012 hingga tahun lalu.

Tiga kakitangan jabatan berkenaan dan seorang pengarah syarikat yang ditahan sebelum ini juga sudah dibebaskan selepas direman 10 hari.

Dua lagi iaitu penolong jurutera JKNS berumur 36 tahun dan 38 tahun masih ditahan reman hingga Isnin ini.

SPRM merampas wang tunai kira-kira RM1.6 juta dan membekukan RM5.3 juta simpanan dalam beberapa akaun membabitka­n beberapa suspek yang disiasat berkaitan kes itu setakat ini.

 ??  ?? ANTARA suspek kes rasuah JKNS yang ditahan SPRM.
ANTARA suspek kes rasuah JKNS yang ditahan SPRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia