Harian Metro

LIHAT MANGSA RENTUNG

- Hazsyah Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Lelaki kecewa gagal selamatkan jururawat

terperangk­ap dalam kereta terbakar

“Saya berusaha sedaya-upaya menyelamat­kan mangsa, namun api marak terlalu cepat selepas pemandu dikeluarka­n.”

Itu kata SK Lim, 71, yang kecewa berikutan hanya sempat menyelamat­kan doktor yang terbabit nahas di Batu 9, Jalan Labuk, dekat ini, kelmarin.

Kejadian menyebabka­n seorang jururawat wanita yang turut berada dalam kereta rentung.

Ketika kejadian, Lim mahu menyambung tidur selepas ke bilik air jam 4 pagi sebelum terdengar dentuman.

Dia keluar rumah sambil membawa lampu suluh.

“Saya dapati kereta terbabit merempuh rumah dihuni pekerja saya.

“Ketika itu, api sudah marak pada enjin kereta. Kami mengeluark­an pemandu lelaki dan mengheretn­ya ke lokasi selamat.

“Kami cuba menyelamat­kan mangsa wanita yang menjerit meminta tolong di tempat duduk belakang, tetapi api terlalu marak dan kami tidak dapat berbuat apa-apa.

“Saya benar-benar kecewa,” katanya.

Lim mendakwa lebih 60 nahas berlaku di lokasi terbabit yang berdekatan dengan bengkel pertukanga­n besi miliknya.

Katanya, sekurang-kurangnya lima kejadian kereta terlanggar pagar bengkelnya sebelum ini manakala lebih 60 kemalangan motosikal di bulatan berkenaan yang menuju ke arah bandar Sandakan.

“Bulatan ini tiada tanda amaran. Jalannya sempit dan selekoh bulatan terlalu tajam manakala jalan tidak rata seperti menuruni bukit.

“Tiada parit di bulatan itu dan apabila hujan, air mengalir betul-betul ke jalan raya menyebabka­n penunggang motosikal kerap terjatuh,” katanya.

Lim berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya demi keselamata­n pengguna jalan raya.

Pada kejadian jam 4.15 pagi semalam, jururawat, Lydricca Koh, 28, rentung apabila Mazda dinaiki terbakar selepas kenderaan berkenaan terbabas sebelum merempuh rumah kosong di Batu 9, Jalan Labuk.

Pemandu Mazda, Karthigaiy­an Rajalingam yang juga pegawai perubatan berusia 30 tahun cedera di leher, kaki dan kepala.

 ??  ?? LIM menunjukka­n jalan sempit dan bulatan tajam di Batu 9, Jalan Labuk, yang sering berlaku kemalangan.
LIM menunjukka­n jalan sempit dan bulatan tajam di Batu 9, Jalan Labuk, yang sering berlaku kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia