Harian Metro

KREATIF DANDAN RAMBUT Ella asah bakat lakonan

-

Biarpun sekadar pelakon tambahan, Ikon Metro kali ini, Farahdilah Abdul Rahman, 29, tidak menjadikan­nya penghalang untuk bergiat secara serius dalam industri seni tanah air, sejak 2009.

Sebaliknya, gadis dikenali dengan nama komersial Ella Dyella ini menjadikan­nya sebagai platform untuk mengasah bakat lakonannya dan pada masa sama mengintai peluang tawaran sebagai pelakon pembantu atau utama dalam drama atau filem.

Ella yang juga anak kelahiran Likas, berkata, dia dipanggil untuk menjayakan watak tambahan atau sampingan dalam beberapa telemovie dan filem oleh produksi tempatan.

Biarpun namanya masih asing untuk penggemar filem dan drama tempatan, namun wanita ini sudah terbabit dalam beberapa projek yang mendapat perhatian penonton.

Antaranya, Ratu The Movie dan Tangkisan Akinabalu The Movie.

“Meskipun berdepan pelbagai kesukaran untuk menempatka­n diri dalam dunia seni tanah air, saya berpegang kepada prinsip supaya tidak mudah putus asa dan berusaha bersungguh­sungguh.

“Saya menjadi anak seni bukan untuk mengejar populariti semata-mata, sebaliknya mahu berjaya sebagai pelakon yang disegani satu hari nanti,” katanya kepada Metro Ahad, baru-baru ini.

Ella berkata, dia turut terbabit dalam beberapa projek telemovie dan iklan komersial serta mengambil tugasan ‘modelling’ secara sambilan.

Katanya, sebagai pelakon, dia perlu membuat kerja rumah dan meneliti watak yang diberikan untuk memastikan lakonan itu memberi kesan kepada penonton.

“Untuk itu, seseorang perlu lebih versatil dan menjiwai pelbagai watak.

“Tetapi, saya percaya dengan bermula sebagai pelakon tambahan, lambatlaun... ada orang yang yakin dengan bakat kita,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia