Harian Metro

Kerajaan peka masalah tanah runtuh

-

Miri: Kerajaan tidak pernah memandang sepi masalah tanah runtuh yang menghantui penduduk di Kampung Lereng Bukit di sini, sebaliknya akan mengerahka­n Kementeria­n Kerja Raya melakukan kajian untuk mengenal pasti kaedah sesuai menangani masalah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin berkata, kajian itu bukan saja dijalankan di Kampung Lereng Bukit, bahkan turut dilakukan di Bukit Kanada dan Kampung Haji Wahed di sini, yang turut berdepan masalah sama.

Beliau yang juga Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri berkata, usaha mengkaji bentuk muka bumi di kawasan itu sudah mendapat persetujua­n Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf.

“Kajian mengenai bentuk muka bumi di kawasan itu akan dimulakan dalam tempoh terdekat ini bagi membolehka­n satu pendekatan sesuai diambil bagi menangani masalah itu.

“Kami akan memastikan kajian dilakukan terhadap faktor yang membawa kepada hakisan tanah di kawasan itu bagi mengelak ia membahayak­an penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, tinjauan Metro Ahad mendapati penduduk di Kampung Lereng Bukit yang dipindahka­n sebelum ini sudah dibenarkan pulang ke kediaman masingmasi­ng selepas pemantauan kejadian tanah runtuh di kawasan itu sudah pulih sepenuhnya.

Manakala laluan jalan di Bukit Kanada menuju ke Muzium Petrolium PETRONAS di bandar raya ini sudah dibuka semula akibat kejadian tanah runtuh Disember lalu, namun hanya separuh jalan yang boleh digunakan sebagai langkah keselamata­n.

 ??  ?? JALAN di Bukit Kanada yang ditutup separuh akibat akibat kejadian tanah runtuh.
JALAN di Bukit Kanada yang ditutup separuh akibat akibat kejadian tanah runtuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia