Harian Metro

LELAKI 2,000 WAJAH

Hidup ahli perniagaan, Ruslan Harun, 46, tidak lagi tenteram. Manakan tidak apabila gambarnya digunakan untuk sindiket sebanyak 2,000 kali di akaun Facebook palsu untuk menipu orang ramai termasuk di luar negara membabitka­n kerugian RM1.2 juta, lapor Yusm

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Pada mulanya saya ingat ia main-main. Tapi bila terima mesej setiap hari daripada ramai orang yang bertanyaka­n soalan pelik-pelik, saya jadi hairan. Ada yang tak tahu saya sebenarnya wujud” Ruslan Harun

Satu gambar 2,000 nama. Dilema itu dihadapi seorang ahli perniagaan Ruslan Harun apabila menjadi mangsa sindiket penipuan yang menggunaka­n wajahnya di akaun Facebook untuk melakukan penipuan di beberapa negara membabitka­n kerugian RM1.2 juta.

Nama seperti Azhar Ismail, Mohammed Yusuf, Mikahil Rayyan, Arshad Abdul Karim, Bisharuddi­n Mohnmed, Mustafa Hassan, Yusuf Mohammed, Mohammed Akmal antara yang digunakan untuk memperdaya mangsa atas pelbagai urusan termasuk mengumpan mereka dengan ayat-ayat cinta sebelum menipu.

Dia menyedari wujud nama-nama lain di Facebook yang menggunaka­n wajahnya untuk tujuan tidak baik sejak dua tahun lalu dan sehingga hari ini, kehidupann­ya sering diganggu mereka yang menuduhnya sebagai penipu dan mempermain­kan perasaan wanita.

Katanya, dia terkejut apabila dimaklumka­n rakan-rakan mengenai gambarnya yang digunakan di Facebook untuk menipu ramai orang khususnya wanita dengan pelbagai helah termasuk mempunyai harta yang begitu banyak di luar negara.

“Pada mulanya saya ingat ia main-main. Tapi bila terima mesej setiap hari daripada ramai orang yang bertanyaka­n soalan pelik-pelik, saya jadi hairan. Ada yang tak tahu saya sebenarnya wujud.

“Mangsa ini daripada pelbagai negara antaranya Brunei, Singapura, Filipina Indonesia. Saya memang terkejut ada orang marah saya, kata saya tipu, curi duit tapi saya kata duit masuk akaun siapa kerana saya tidak pernah terima duit lain selain daripada perniagaan saya selama ini.

“Rupanya ada orang lain menggunaka­n gambar saya dan dijadikan profil akaun Facebook, menipu ramai orang sejak beberapa tahun lalu. Tapi sehingga hari ini, saya masih terima mesej daripada mereka yang mencari saya menggunaka­n Facebook yang betul, kerana gambar itu memang saya,” katanya kepada Harian

Metro.

Ruslan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Camilla Hijab berkata, antara mereka yang menjadi mangsa ialah wanita berumur 30 hingga 60 tahun yang percaya individu itu wujud dan memang mempunyai harta atau aset seperti didakwa.

“Yang paling saya ingat ialah ada seorang jururawat warganegar­a Malaysia yang bekerja di Arab Saudi beritahu keluarga dia sudah

berkahwin dengan saya. Anaknya berusaha untuk cari saya dan minta tolong supaya beritahu ibunya bahawa saya adalah pemilik gambar sebenar, bila saya beritahu, dia pula tuduh saya tipu.

“Ada yang meluahkan perasaan kepada saya, ada yang bercinta dengan gambar saya dan mereka tidak percaya bila saya kata saya tidak tahu apa-apa mengenai duit, perniagaan dan perasaan cinta. Memang saya tak pernah bayangkan saya melalui perkara seperti ini,” katanya.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, dua kali akaun Facebookny­a ditutup kerana didakwa terbabit dengan aktiviti penipuan sehinggaka­n dia sendiri terpaksa memberi penjelasan kepada Facebook mengenai situasi dialami.

“Dua kali akaun kena sekat. Saya lapor kepada Facebook dan sertakan butiran diri saya. Tapi sindiket ini nampak tak duduk diam, mereka wujudkan akaun baru, dan masih menggunaka­n gambar saya untuk profil menggunaka­n nama berlainan.

“Saya juga sudah dipanggil polis untuk memberi keterangan mengenai kes penipuan, saya beri kerjasama sepenuhnya. Bila difikirkan, rasa lucu pula kerana ada yang begitu percaya janji manis orang lain yang tidak dikenali pun.

“Ramai juga yang menjadi mangsa, akhirnya menjadi pelanggan saya. Ada juga yang masih mahu bercinta dengan saya, tetapi saya terangkan bahawa saya ada kehidupan sendiri dan cukup sekadar kawan,” katanya.

Di tanya mengenai apakah sebab gambarnya digunakan untuk tujuan sebegitu,

Ruslan berkata, dia sendiri tidak tahu, tetapi mungkin kerana wajahnya itu berjaya menipu ramai orang beberapa kali.

“Mungkin mereka cuba secara rambang, dan berjaya. Saya harap mangsa sedarlah yang diri mereka ditipu dan tidak ada orang bercinta dengan gambar. Kalau minat dengan wajah seseorang sekalipun, jangan sampai kena tipu apatah lagi di dalam talian dan tidak pernah berjumpa.

“Bila ditanya, mereka kata tidak bercinta, tetapi bagaimana boleh bagi duit sampai jutaan ringgit kalau tak ada perasaan. Kita perlu sedar, ada banyak penipu di luar sana yang berniat untuk mengaut keuntungan dengan pelbagai janji manis serta menggunaka­n apa saja, termasuk gambar orang lain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia