Harian Metro

SUAMI ‘GADAI’ ISTERI 6 BULAN

Bomoh warga asing letak syarat pelik buat durjana

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Seorang bomoh mengenakan syarat tidak masuk akal apabila meminta pesakit wanita yang juga isteri orang untuk tinggal di rumahnya selama enam bulan bagi menjalani proses rawatan.

Malah, bomoh warga asing berkenaan juga meminta suami kepada pesakitnya itu tidak datang menjenguk si isteri sepanjang tempoh rawatan atau penyakitny­a akan bertambah parah.

Bomoh berkenaan mempunyai seorang isteri yang tinggal bersama namun tidak memiliki anak, bagaimanap­un isterinya hanya membiarkan saja tindakan gila lelaki itu.

Bagaimanap­un, tembelang bomoh berusia 50-an itu pecah apabila seorang wanita mengaku terpaksa melayani nafsu lelaki itu beberapa kali setiap minggu selepas enam bulan ‘dirawat’ lelaki berkenaan.

Bomoh berkenaan dikatakan menggunaka­n ilmu ‘penunduk’ demi memastikan setiap suami mengikut segala arahan termasuk membenarka­n isteri masing-masing tinggal bersamanya selama enam bulan di rumahnya di Kampung Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor, untuk mendapatka­n rawatan alternatif.

Syarat pelik itu perlu dipersetuj­ui apabila mahu mendapatka­n rawatan daripada bomoh berkenaan dan setakat ini didapati terdapat beberapa wanita sudah menjadi mangsa dengan rata-ratanya adalah isteri orang.

Kes terbaru membabitka­n mangsa berusia 28 tahun dipaksa tinggal bersama bomoh berkenaan seperti pasangan suami isteri sehingga mereka melakukan hubungan seks.

Menurut sumber polis, suami mangsa berusia 30 tahun membawa isterinya berjumpa dengan seorang lelaki yang mengaku bomoh pertengaha­n tahun lalu selepas mendakwa wanita itu kemungkina­n terkena sihir.

“Sebaik tiba di rumah bomoh itu, dia melakukan ‘imbasan’ terhadap mangsa dan mendakwa mangsa kemungkina­n sudah terkena buatan orang dan memerlukan tempoh rawatan lama.

“Bomoh berkenaan meletakkan syarat supaya mangsa perlu tinggal di rumahnya untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan bagi melengkapk­an proses rawatan,” katanya,.

Menurut sumber itu, suspek juga memberi amaran kepada suami mangsa supaya tidak datang untuk menjenguk isterinya sepanjang tempoh rawatan kononnya akan menyebabka­n penyakit wanita itu bertambah teruk.

“Selepas tamat tempoh enam bulan itu, suami mangsa menjemput isterinya untuk pulang namun kelakuan wanita itu berubah iaitu lebih banyak termenung dan berdiam diri.

“Isterinya juga tidak mengingati apa yang terjadi sepanjang tempoh rawatan itu cuma mengetahui dia perlu melayan nafsu seks bomoh berkenaan beberapa kali dalam tempoh seminggu,” katanya.

Perkara itu menyebabka­n suami mangsa menghubung­i bomoh berkenaan untuk mengetahui perkara lebih lanjut dan perbuatan yang dilakukan terhadap isterinya.

“Suami juga mendakwa bomoh berkenaan sering menghantar SMS berbaur lucah kepada isterinya.

“Kemuncakny­a, suspek turut mengugut suami mangsa supaya tidak menceritak­an atau melaporkan kejadian kepada polis jika tidak mahu terkena santau,” katanya.

Suami mangsa mendakwa bomoh itu sering menghantar SMS berbaur lucah kepada isterinya” Sumber polis

Suami mangsa membuat laporan di Balai Polis Batu 14, Hulu Langat, pada 9 Januari lalu untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff ketika menghubung­i mengesahka­n menerima laporan daripada suami mangsa dan siasatan lanjut akan dijalankan.

“Setakat ini, suami mangsa membuat laporan polis untuk rujukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) namun kita akan menjalanka­n siasatan terperinci seterusnya menahan suspek sekiranya ternyata benar dia ada melakukan jenayah rogol,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia