Harian Metro

KEMUNCAK GEGARAN

Pengunjung serbu lokasi Festival GegaRia di Angsana Johor Bahru seawal jam 8 pagi

- Nurul Amanina Suhaini bhjb@bh.com.my

Tema berkonsepk­an moden, hipster dan penuh warna warni menjadi tarikan utama pengunjung hadir menyertai aktiviti Festival GegaRia di sini, semalam.

Seawal jam 8 pagi lagi pengunjung mula memenuhi lokasi Festival GegaRia yang diadakan di Angsana Johor Bahru Mall, dekat sini.

Pengunjung, Aina Toher, 16, berkata, dia ingin melihat sendiri gaya hipster festival berkenaan seperti diviralkan rakannya menerusi perkongsia­n laman sosial Instagram.

Malah dia memberitah­u turut teruja mahu menyaksika­n artis tempatan membuat persembaha­n pada waktu malam. Aina bersama tiga rakannya sanggup keluar rumah seawal jam 8 pagi dengan menaiki bas dari Taman Pulai Jaya, dekat sini, bagi merasai sendiri kehangatan Festival GegaRia, sekali gus mengisi masa lapang hujung minggu. “Banyak ‘port’ yang sesuai untuk mengambil gambar ‘selfie’, malah warna yang ceria membuatkan sesiapa sahaja akan datang singgah dan melihat sendiri acara menarik disediakan termasuk menyertai permainan tradisiona­l dan elektronik.

“Tarikan yang dinantikan semestinya kehadiran artis tempatan. Selain daripada aktiviti keluarga, gen Y (generasi muda) turut diberi peluang mengunjung­i zon bersesuaia­n dengan jiwa mereka seperti demonstras­i mekap, tutorial hijab dan makanan hipster,” katanya.

Sementara itu, Nazatul Natasha Nasarudin, 22, berkata, dia mengambil kesempatan ke Festival GegaRia bagi mendaftar menjadi pengundi di kaunter Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

“Saya rasa bertanggun­gjawab untuk mendaftar undi pada awal usia, selain mempunyai kesedaran atas kewajipan mendaftar sebagai pemilih untuk kesejahter­aan negara.

“Inisiatif seumpama ini memberi kemudahan kepada pengunjung untuk membuat semakan, malah mengetahui lebih lanjut bagi sebarang soalan kepada pihak yang berkaitan,” katanya.

Bagi Wan Mohd Zaropi Wan Ismail, 36, golongan belia perlu datang ke Zon Throwback Tunnel #Gegaria sebagai sebahagian daripada aktiviti di festival berkenaan.

Katanya, zon yang dibuka sejak jam 10 pagi tadi itu memaparkan mesej bagaimana golongan belia perlu menghargai kemajuan dikecapi negara ketika ini, selain menyaksika­n kejayaan negara sejak tahun 50-an hingga kini.

“Walaupun sasaran ditumpukan kepada golongan belia, namun kebanyakan program

Gen Y diberi peluang kunjungi zon bersesuaia­n dengan jiwa mereka seperti demonstras­i mekap, tutorial hijab”

Aina Toher

secara percuma ini terbuka kepada semua penduduk di negeri ini,” katanya yang menetap di Tampoi, di sini.

Katanya, koleksi foto yang menarik secara tidak langsung memberinya gambaran mengenai pejuang kemerdekaa­n terdahulu, sekali gus dapat menceritak­an semula kepada kedua-dua anaknya berusia tiga dan lima tahun. Johor Bahru: Festival GegaRia anjuran Media Prima Berhad dilihat mampu menjadi platform anak muda mendalami dunia digital terutama sukan digital (e Sport).

Menteri

Komunikasi dan

Multimedia,

 ??  ??
 ??  ?? KANAK-KANAK mencuba permainan elektronik di gerai MyGameOn eSPorts. NABILA Razali bermesra
bersama peminat. PERMAINAN sukan rakyat untuk pengujung.
KANAK-KANAK mencuba permainan elektronik di gerai MyGameOn eSPorts. NABILA Razali bermesra bersama peminat. PERMAINAN sukan rakyat untuk pengujung.
 ??  ?? PENGUNJUNG berpeluang menghias biskut mengikut kreativiti sendiri.
PENGUNJUNG berpeluang menghias biskut mengikut kreativiti sendiri.
 ??  ??
 ??  ?? LAUTAN manusia menyaksika­n persembaha­n konsert
di Festival GegaRia Edisi Kedua, malam tadi.
LAUTAN manusia menyaksika­n persembaha­n konsert di Festival GegaRia Edisi Kedua, malam tadi.
 ??  ?? FAIZDICKIE berkongsi makanan yang siap dimasak ketika Festival GegaRia.
FAIZDICKIE berkongsi makanan yang siap dimasak ketika Festival GegaRia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia