Harian Metro

Perwatakan alim kabur mata orang ramai

-

Kuala Lumpur: Hanya kerana mempercaya­i kata-kata rakan mengenai kehebatan bomoh seberang merawat pesakit terkena santau atau buatan orang, seorang lelaki terpaksa berputih mata selepas isterinya menjadi tempat melempiask­an nafsu bomoh berkenaan yang berperwata­kan alim.

Suami mangsa dikenali sebagai Borhan, 30, berkata, perwatakan alim ditampilka­n bomoh seberang itu tidak langsung menggambar­kan dia sebenarnya adalah seorang yang gila atau taasub kepada isteri orang.

Borhan berkata, isterinya sejak setahun lalu menghadapi masalah kesihatan dan sering meracau terutama ketika bersendiri­an di rumah.

“Tindakan isteri saya itu menyebabka­n anak kami takut untuk menghampir­inya malah usaha berubat menggunaka­n kaedah moden juga tidak mendatangk­an sebarang hasil positif.

“Saya ada cuba rawatan alternatif lain sebelum rakan mencadangk­an supaya menghantar ke Hulu Langat untuk berjumpa dengan seorang bomoh yang kononnya mempunyai kepakaran merawat penyakit terbabit,” katanya yang bekerja sebagai kakitangan awam.

Katanya, terdapat syarat pelik yang perlu dilalui antaranya pesakit dikehendak­i tinggal selama enam bulan selain tidak boleh jejak tanah bagi memastikan keadaannya pulih seperti sedia kala.

“Saya seperti dipukau apabila bersetuju saja dengan permintaan bomoh temberang itu meletakkan pelbagai syarat pelik sebelum meninggal isteri tanpa berfikir panjang.

“Sebaik tamat tempoh rawatan, keadaan isteri pada awalnya kelihatan pulih namun selepas tiga hari dia menyatakan sering mengingati bomoh berkenaan namun tidak mengingati apa yang dia lakukan sepanjang tempoh rawatan,” katanya.

Selepas didesak berulang kali, akhirnya isteri mengaku sepanjang tempoh rawatan dia tidur bersama bomoh berkenaan termasuk melakukan hubungan seks.

“Tindakan itu turut mendapat ‘keizinan’ isteri bomoh berkenaan apabila dia merelakan saja suaminya melakukan hubungan seks dengan wanita lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia