Harian Metro

Laungan azan bersanad

 Guru khas dari Syria ajar 250 peserta kaedah bang seperti ajaran Rasulullah

- Mohd Amin Jalil news@nstp.com.my

Seramai 250 peserta menyertai Program Daurah Azan Bersanad anjuran pusat Baitul Khadeejah Al-Kubro di Surau Ibu Khaldun, Taman Lavender Heights di Senawang di sini, kelmarin.

Pengerusi pusat berkenaan, Siti Aishah Johari berkata, program julung kali itu bertujuan berkongsi kaedah azan yang betul seperti diajarkan Rasulullah SAW.

Katanya, peserta diberi pendedahan oleh seorang guru, Syeikh Husam Nasuh at-Taiyyarah, 35, yang didatangka­n khas dari Damsyik Syria.

“Syeikh Husam seorang guru nasyid, taranum dan azan dari Asia Barat. Beliau bersanad bersama qasidah Arab tersohor, Syeikh Nuruddin Khursyid dan ulama al-Quran, Syeikh Muhammad Arif al-A[Saali,” katanya.

Siti Aishah berkata, Syeikh Husam dibantu Pengerusi Akademi Darul Muhibbah Kuala Lumpur, Ahmad Shadan Alhadrami yang bertindak sebagai penterjema­h.

“Pada program itu, semua peserta tampil mengalunka­n azan di hadapan Syeikh Husam sebelum bacaan diperbetul­kan membabitka­n sebutan, makhraj dan taranum. Ia bertujuan meningkatk­an mutu laungan azan diwarisi Rasulullah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyasarka­n penyertaan 100 individu dan tidak menjangka ia mencecah sehingga 250 orang termasuk remaja dan dewasa.

“Mereka yang hadir bukan sahaja dari negeri ini, malah Melaka, Kuala Lumpur, Pahang dan Johor. Sambutan diterima menggalakk­an dan kami bercadang menganjurk­annya lagi pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Syeikh Husam berkata, program sama pernah dianjurkan di Kuala Lumpur pada 2016 namun kurang menerima sambutan.

“Di Negeri Sembilan, pembabitan­nya sangat luar biasa dan hingga kini 400 individu diajarkan kaedah azan yang betul di negara ini,” katanya.

 ?? FOTO: ?? SHEIKH Husam mendengar dan memperbetu­lkan laungan azan daripada peserta Program Daurah Azan di Surau Ibnu Khaldun, Senawang. Di Negeri Sembilan, pembabitan­nya sangat luar biasa dan hingga kini
400 individu diajarkan kaedah azan yang betul di negara...
FOTO: SHEIKH Husam mendengar dan memperbetu­lkan laungan azan daripada peserta Program Daurah Azan di Surau Ibnu Khaldun, Senawang. Di Negeri Sembilan, pembabitan­nya sangat luar biasa dan hingga kini 400 individu diajarkan kaedah azan yang betul di negara...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia